Degil disini membawa maksud liat, culas ataupun sengaja menunda amanah yang sepatutnya dilaksanakan. Aku memang dah tak boleh sabar dengan karenah penyewa atau lebih tepat wakil pengurusan syarikat makanan segera terkemuka yang culas membayar sewa rumah arwah ayah aku yang mereka jadikan hostel. Syarikat namanya gah, menyedia makanan berasaskan daging ayam yang baru-baru ni baru saja launch flavour korean style.
Memang menyakitkan hati bila aku tanya bila nak bayar, dikatanya finance tak boleh proceed. Aku tanya sebab apa, dijawabnya, mereka tak boleh nak bayar sebab tak sure yang aku ni adalah pemegang amanah yang sah untuk harta-harta arwah ayah aku. Geram dan sedih bila diorang boleh duduk rumah tu hampir 2 bulan tapi tak boleh nak bayar atas alasan legally aku bukan stakeholder rumah tu yang sebenar.
Aku naik angin dengan terus call je pada legal officer syarikat tu. Apa yang kurang ajar sangat diorang ni bila nak mempertikaikan status aku walhal aku dah sign indenmity letter saying that akula pemegang amanah yang sah bersiapkan saksi lagi. Bongok betul diorang. Bila bercakap dengan peguam, memangla peguam nak menangkan. Tapi peguam mana yang bertimbang rasa akan faham masalah aku.
Walaupun aku dah hantar surat tuntut hak atas harta pusaka arwah ayah pada pejabat harta pusaka daerah Taiping, tapi aku masih belum terima panggilan bicara or pengesahan yang aku layak. So, mcm mana lagi aku nak convince yg aku ni pemegang amanah yang layak. Cuma adalah daftar di pesuruhjaya sumpah yang rekodnya hanya ada pada buku di Mahkamah Majistret Taiping. Tak pasal-pasal peguam syarikat tu aku sound. 'Takkan bila owner rumah yang you all sewa dah meninggal, n then you all boleh duduk sesuka hati tanpa bayar sewa'.... mana la aku tak hangin...
Bila diorang tahu aku akan majukan masalah ni ke pihak polis baru la ego diorang kendur dengan mengaku yang sebenarnya admin office tersalah advice finance office. Legal tolak ke admin, admin tolak ke finance. Apa, diorang ni tak bercakap ke sesama sendiri. Lepas berurusan dengan kerani dia yg sorang ni, akibat tertekan kut sebab aku dah marah, dia pass pula pada kawannya yang pada aku lagi relevan dan cool. Boleh pun amik jalan penyelesaiannya.
Aku sebenarnya malas nak ungkit hal rumah tu. Tapi aku rasa bertanggungjawab sebab rumah tu arwah ayah dah wasiatkan untuk adik aku yang sedang belajar di Mesir. Duit sewa bulan-bulan rumah tu boleh aku bank in ke akaun dia. At least dapat tampung makan minum dia kat sana. Bukan aku nak sangat pun. Aku cuma jalankan amanah aku. Kalau itupun diorang tak boleh respek, minta maafla, aku pun takkan respek diorang.
Boleh pulak kata rumah tu dah rosak macam-macam. Anai-anai la dan sebagainya. Setahu aku, arwah ayah sewakan rumah tu dari tahun 2001 dengan sewa permulaan RM 700 dan diorang boleh minta kurang ke RM 650 sampai 2013. Can u imagine? Dah tu pulak agreement sewa diorang yang buat, dah ayah aku sign je. Kesian kat arwah ayah aku sebenarnya, aku tak pastila, mungkin arwah tiada kesedaran dan kekampungan. Maka dia fikir buat kebajikan lebih baik. Padahal setiap tahun boleh naikkan 10% sewa. Kalau dari dulu dah naik, memang boleh cecah RM 1 ribu lebih.
Sebabkan tu rumah aku dibesarkan dari kecik, maka aku pun xnak question tindakan arwah ayah aku dulu. Tu rumah dia, walaupun dah habis bayar aku rasakan adalah tidak adil golongan korporat terpelajar trap arwah ayah aku mcm tu. Itu yang terus aku naikkan sewa. Terkejut dengan tindakan aku mulala bagi alasan itu ini. Padahal pekerja yang buat taik dengan buat masalah sosial kat rumah tu taknak pulak bertanggungjawab.
Terus terang aku cakap kat diorang yang aku tak suka cara diorang layan owner rumah macam tu. Tiada respek. Aku terus tamatkan kontrak n biar diorang cari rumah lain. Kalau ada lagi malaun-malaun kat rumah tu memang aku charge menceroboh harta persendirian. Jual ayam untung juta-juta pun tak boleh bayar sewa. Apa punya syarikat la. Nasib diorang nak betulkan rumah tu semula. Memang sepatutnya macam tu, dah penyewa taknak jaga or ternak anai-anai, memang anai-anai la dia. Logik kat situ je dah tahu.
Selesai satu masalah. Tak tahu bila akan selesai. Katanya sewa akan dibayar terus sampai ke tarikh diorang serah kunci selepas buat restoration rumah. Ini je yang aku puji, yang lain memang mengarut.
Sikap manusia suakr untuk diduga..harap bro diberi kesabaran yang tinggi..
ReplyDeleteInsyaAllah..jgn terkena dgn situasi ini
DeleteElok bertegas macam tu. Kalau tak pijak kepala je company besar2 ni.. Baik cari penyewa lain je yang tak banyak kerenah macam tu.
ReplyDeleteItula pasal. kasi ajar hormat sket
DeleteMemang kena bertegas dengan kategori pihak yang macam ni..
ReplyDeleteItula pasal bro
DeleteLahh igtkan sewa long term kepada syarikat ternama tak akan ada masalah..
ReplyDeleteBila dah terlebih pandai ni la jadinya bro.
DeleteBuat apa yang awak rasa betul, if something fishy please ask away
ReplyDeletePengalaman Beli Perabot Di IKEA
Yup.mmg itu yg sy buat pun
DeleteMemang sewa kan kpd company ni hampeh lagi menyusahkan kerja nak menindas tuan rumah je. Bisnes untung juta2 branch seluruh negeri tp bab bayar sewa liat. Surih sign TA xberani last2 aku suh keluar 24hour kalau xnak sign TA baru diorg takut. Lepas sign TA ok la sikit perangai beruk tu...tp still kena remind tetiap bulan.
ReplyDelete