Panduan ini mungkin berguna jika anda hendak memohon passport baru ataupun renew passport lama. Alkisahnya, sempat sudah renew passport sebagai persediaan untuk mengerjakan haji tahun ini. Cuma syarat-syarat Tabung Haji yang berkehendakkan passport perlu tamat tarikh tempoh selepas/melebihi 14/04/2014 maka wajiblah aku mengemaskini disebabkan passport lama yang akan tamat pada Jun 2013.
Oleh sebab rumah di Putrajaya, maka aku berurusan di Jabatan Imigresen, Presint 15 yang khusus untuk pembaharuan passport Malaysia antarabangsa. Maka, dengan tidak teragak-agak pergilah ke sana hanya mendapati yang aku kena sertakan dokumen-dokumen berikut:
1. Gambar bersaiz passport berlatarbelakangkan putih. Kenapa putih? Aku sendiri tak pasti sebab yang aku tahu, di Jabatan Imigresen lain tidak pula diarahkan menyertakan gambar berlatarbelakang putih. Biru pun boleh rasanya. So, step pertama korang kenalah ambil gambar. Jangan bimbang ada disediakan kiosk yang sediakan perkhidmatan ini di pintu masuk Jabatan Imigresen tu. Tapi jika korang berbadan saiz besar, lebih baik bawa sendiri blazer atau kot saiz badan anda la. Sebab photographer perlukan anda pakai blazer untuk tujuan contrast warna. ????.. Layan jerla. Tapi kot yang disediakan memang kecil. Macam saiz M je.
2. Jika korang hanya nak perbaharui passport perlulah bawa passport yang lama. Supaya dapat dipotong dan dibatalkan. Jangan lupa bawa My Kad sebab pengesahan cap jari diperlukan selepas di scan My Kad tu.
3. Itu sahaja. Yang penting empunya passport tu hendaklah datang sendiri untuk tujuan pengesahan. Tak perlu isi borang. Borang akan diisikan oleh Pegawai Imigresen yang menjaga kaunter.
4. Selepas tu korang kena bayar fee yang ditetapkan iaitu RM 100 untuk 2 tahun dan RM 300 untuk 5 tahun. So, pandai-pandai korangla. Aku yang tak berapa kerap ke luar negara ini tak perlu ambil tamat tempoh 5 tahun. Sebab passport yang lama pun banyak lagi muka surat yang kosong.
5. Lepas bayar di kaunter pembayaran, tunggu dalam sejam dan siap untuk dituntut. Inikan produk 1 Malaysia. Untuk rakyat katanya. Sambil-sambil menunggu bolehla lepak kedai mamak Haji Tapah kat bangunan bawah.
Diharapkan info ini dapat membantu anda dalam urusan pembaharuan passport. Senang je. :)
Kalau nak tahu road guide ke passport putrajaya boleh refer entry saya ni =)
ReplyDeleteRoad Guide ke Passport Putrajaya
Thanks reena
ReplyDeletethanks
ReplyDeletethnx 4 the info..really appreciate it :)
ReplyDeleteNo problemo
ReplyDeletewah bertuahnya kamu dapat mengerjakan haji pada umur yang muda. syukur alhamdulliah kan
ReplyDeleteAlhamdulillah... :)
ReplyDeleteThen
ReplyDeletebetul ke nak renew tak perlu isi apa2 borang?
ReplyDeletemykad+pasport lama je.
betul ke nak renew tak isi apa2 borang?
ReplyDeletemykad+pasport lama je.
gambar berapa keping?
Gambar 4 keping. Waktu saya tu la. Rasanya masih sama. :-d
DeleteTq tuan. Gugel2 terjumpa blog ni. Sgt membantu. Mmg nak pegila kejap lg ni.
ReplyDeleteJemput singgah ke blog saya www.syurga-seorangibu.com
Dipersilakan. :)
Delete