Lazada MY

Tuesday, 4 June 2013

Cemas Menanti

Alahai, semua pun dah sedia maklum yang menunggu tu satu penyeksaan.  Aku dah la jenis tak berapa nak suka menunggu. Bukan tak sabar, cuma begitu banyak planning yang perlu aku arrange kan.  Perlu selesaikan satu-satu perkara sebelum lakukan perkara yang seterusnya dengan lancar dan tanpa khilaf. Tapi apa nak buat, kadang kala penantian tu bukan boleh aku percepatkan.  Tiada kuasa untuk menentukannya.  Hanya perlu sabar dan pasrah.

Penantian apa yang membuatkan aku ternanti-nanti ni? Ni la dia.  Cemas sungguh nak tunggu keputusan sama ada diterima atau tidak.  Nak dijadikan cerita, di UKM pun aku apply untuk kursus Master in Clinical Pharmacy dan UiTM pun aku apply untuk Master in Pharmacy Practice.  Aku memang prefer di UiTM sebab lebih kepada bidang yang sedang aku buat seharian. Yup, administration!...  Otai aku dulu pernah kata yang admin n management is everything under the sun.  Sungguh dalam maksudnya sampaikan aku pun tak nampak dasar kedalaman kata-kata tu. hehe

Hopefully aku ada rezeki untuk sambung pelajaran.  Jika tidakpun, ia hanyalah salah satu option yang aku ada untuk menikmati kehidupan ini.  Banyak lagi perkara yang Allah telah rancang dan aku perlu menurut segala takdir yang telah tersirat. So, chill out!  Doakan yang terbaik untuk para pembaca sekalian.

p/s : Tarikh tutup permohonan baru je 31 Mei aritu, aku dah tak sabar nak tau result.  Sebab aku tak suka rasa cemas ni.  Buat aku sakit perut je setiap masa. hehe

8 comments:

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...