Aku rasa kelu dan terkedu. Dihambat dengan panggilan telefon bertubi-tubi dek kerana iklan yang aku hantar pada portal Mudah.my. Semasa sesi penyerahan kunci rumah daripada penyewa yang lama. Aku bersembang dengan En. David, pemilik syarikat perunding dalaman dan kontraktor pembaikan rumah. Katanya pada aku adalah seperti dialog berikut:
En. David (ED) : Bos, you tak mahu jual ini rumah ker? Banyak besar juga.....
Aku : Ada dulu pernah nak jual sekali tapi tiada bakal buyer yang sanggup meet our price expectation.
ED : Berapa you letak price dulu?
Aku : RM 4++k saja.
ED: Wow, banyak murah....
Aku : Murah-murah pun tiada yang sanggup nak beli waktu tu taukey, waktu tu ini rumah tiada cantik macam ini macam...
ED : Ye lo... Sekarang ramai mahu beli ini rumah..RM 500k boleh pergi ini rumah.
Aku : Ye ke taukey..
ED : Ye lo..lu boleh jadi kaya maaa....itu duit jika you tara buat apa-apa, you simpan dalam ASB saja lo....Tiap-tiap tahun makan itu dividen saje...Kalau RM 400k, setahun you dapat RM28k jika dividen 7%. Goyang kaki saja maa.... Kalau you sewa paling tinggi RM 1k pun setahun baru RM 12k.
Aku tersentak. Memang benar kata En. David tu..Patutlah bangsa mereka pandai mengurus duit. Bijak dalam melabur. Tapi berbeza dengan situasi aku. Aku menguruskan rumah ini hanya untuk membantu adik beradik aku, terutamanya yang di Mesir sekarang ini. Dan semestinya untuk ibu aku.
Jika difikirkan semula, memang benar apa yang En. David usulkan. Aku tak payah nak peningkan kepala sebenarnya. N then bila nak belikan rumah untuk adik aku, just gunakan duit yang dilabur tadi dan beli di kawasan yang dia minat. Apa pendapat korang?
p/s : Tapi ada satu kisah yang buatkan aku hampir menitik air mata dan menjadi sebab aku tak mahu jual buat masa sekarang.. akan aku ceritakan nanti....bersambung...
bkn limit ASB 200K ke?
ReplyDeletejemput baca entri ni - http://www.ciklaili.com/2013/06/5-blog-pilihan-ciklailicom-part-8.html
ReplyDeletesaya perkenalkan blog ini kepada blog saya & anda terpilih menjadi penulis jemputan ciklaili.com :)
Thanks cikgu :)
DeleteEntahla..mmg dgr 200k. tp ada juga dgr 400k
ReplyDeletehoho..betul tu. itu yang gua buat juga.
ReplyDeleteFuh, Mr Titan in da house...
ReplyDelete