Akhirnya kelulusan PRA yang aku apply dulu telah diluluskan oleh Imigresen Putrajaya. Kepada yang masih bingung tentang cara-cara memohon permit pembantu rumah asing (PRA) dan cara nak selesaikan masalah berkaitan boleh layari link di bawah:
Hampir 2 bulan menunggu rasanya sebelum kelulusan diberikan. Mula-mula agak kaget juga sebab tidak tahu langkah apa yang perlu diambil seterusnya. Nasib teringat yang pemeriksaan kesihatan dengan FOMEMA belum buat. So, the next step is untuk daftarkan PRA yang dah kerja dengan aku hampir 2 bulan tadi dengan FOMEMA. Antara dokumen yang perlu disertakan semasa pendaftaran FOMEMA adalah seperti berikut:
1. Salinan I/C majikan.
2. Salinan Passport PRA (Mukasurat pengenalan diri dengan tempoh visa tinggal di Malaysia)
3. Perlu bawa passport PRA bersama sewaktu nak berurusan di kaunter FOMEMA.
4. Salinan kelulusan permohonan permit JPV yang telah diluluskan.
![]() |
Alamat-alamat FOMEMA di Malaysia |
![]() |
Resit |
![]() |
Salah satu soalan yang bertanya |
Siap semuanya, segeralah pergi ke kaunter FOMEMA yang terdekat dengan rumah anda. Aku pergi FOMEMA di Kompleks PKNS, Shah Alam. Sebab dekat dan tidak terlalu ramai. Rasanya dalam 30 minit je kot tunggu dan dapat terus borang pemeriksaan di klinik yang telah kita pilih. Lepas dah buat pemeriksaan kesihatan PRA, dah bolehlah ambil permit di Imigresen.
Itu sahaja! Selamat mencuba. :p
p/s: Korang pergi la berurusan dengan FOMEMA di Kompleks PKNS Shah Alam, tak ramai orang dan cepat. Serius tak tipu....
p/s: Korang pergi la berurusan dengan FOMEMA di Kompleks PKNS Shah Alam, tak ramai orang dan cepat. Serius tak tipu....
info yang berguna... terima kasih...
ReplyDeletebagus maklimat ni bro. kalau melalui agen semua ni agen yang buat kan...
ReplyDeleteSama-sama. Semoga bermanfaat
ReplyDelete@denaihati. Yup, semua agen yang buat. Tapi dia akan caj mahal. Caj atas sebab kita tidak tahu dan malas nak ambil tahu. Mahal tu harga malas kita.
ReplyDeletetak perlu bawa passport original pun tak apa... penting ada salinan muka dpn n permit
ReplyDeleteYup..tp kat borang tu ada mention kene bwk. cumanya utk di semak sahaja. kalau yg keje kaunter malas semak ok.
ReplyDeletewah baguslah kamu semua buat sendiri..semuga pembantu yang di harapkan akan sentiasa melakukan segala kerja di rumah dengan senang hati
ReplyDeleteItula..nak jimat kos kak.
ReplyDeleteEmm ingtkan apa tadi..hehe..
ReplyDeleteIngat apa?...
Deletekalau dah buat medical check up kat i? klinik, dr pun kata result ok, kita boleh terus pergi imigresen atau kena tunggu lagi? sebab check result fomema online asyik suruh contact dr je
ReplyDeleteTerus pergi Imigresen tapi kena call dulu diorang sebab takut maklumat tak up dalam sistem diorang lagi. double confirm sebelum pergi takut nanti rugi masa je
ReplyDeleteIngin bertanya, pra saya telah diluluskan (setelah semak di web imigresen), maka saya perlu lalui proses yang dinyatakan oleh encik ini. Menurut maklumat dalam blog ni, kena bawa 'Salinan kelulusan permohonan permit JPV yang telah diluluskan.' ...
ReplyDeleteDari mana nak dapat salinan ini ya? Terima kasih.
Siti, Seri Kembangan
kputusan dlm website imigresen
DeleteTerima kasih..terbaik! Saya ikut semua langkah yg diberitahu...mmg mudah..tambahan dekat pkns ada pejabat pos jadi semua urusan boleh selesai..terima kasih sekali lagi
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteKalau sblm 3 bln kita buat fomema blh ke ?
ReplyDeleteFomema blh terima ke ?
Atau kena tunggu jgk 3 bln ?
kena tggu lulus dulu
DeleteKalau nk buat fomema kena tunggu 3 bln sblm expired ke ?
ReplyDeleteKalau nk buat awal sblm 3 bln blh ke ?
Kalau sblm 3 bln kita buat fomema blh ke ?
ReplyDeleteFomema blh terima ke ?
Atau kena tunggu jgk 3 bln ?
Saya dah pernah buat pemeriksaan Fomema masa mula mula nak ambil pembantu rumah (tak ingat tahun bila -dah lama). Tahun berikutnya tak perlu.
ReplyDeleteHari ini selapas lebih sepuluh tahun tiba-tiba saya tidak boleh renew melalui MyEG (tahun 2015 - boleh) dengan alasan tiada rekod Fomema & kena buat di Pej Imigresen.
Ada sapa-sapa tahu validity keperluan Fomema? Setiap 10 tahun ke?