Lazada MY

Thursday, 4 July 2013

Rasa cuak di pagi hari

Awal pagi seperti biasa aku suka semak status email dan blog. Terkejut bila blog tidak boleh akses.  Cuak. Bagaikan tamparan yang sangat hebat bila mengenangkan usaha selama ini berkubur macam tu saja.  Sedih pun ada.  Tapi kalau itu ujiannya, ia tidaklah apa-apa jika nak dibandingkan dengan ujian-ujiannya yang lain. Cuma agak terkilan sedikit.  Mula memikirkan mungkinkah ini kerja mereka yang bijak pandai pengaturcaraan laman web yang marah sebab aku tak teruskan self hosting dengan mereka.

Dahulu memang aku menggunakan perkhidmatan self hosting dari salah satu syarikat ini.  Memandangkan yang aku tak berapa nak faham cara mentadbirnya, maka agak rugi rasanya.  Dengan sebab itu, aku just revert balik kepada hosting percuma ini.  Tapi ini pula yang berlaku.

p/s : Nasib baik dah boleh akses kembali. 

2 comments:

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...