Ramai diantara kita yang saya tahu menginginkan sebuah rumah atau beberapa rumah untuk diduduki mahupun diinvest. Memang betul dan saya amat setuju bahawa salah satu bentuk pelaburan yang kalis inflasi dan gawat ekonomi adalah dengan pelaburan hartanah. Ianya seakan sebuah keperluan yang mesti dimiliki oleh sebahagian daripada kita. Ok, at least sebuah rumah untuk didiami kita sekeluarga. Namun, kadang kala aku terfikir juga apa pendapat agama dalam aspek ini.
Memiliki sebuah rumah adalah rahmat. Allah S.W.T berfirman dalam surah An-Nahl ayat 80 bahawasanya;
Memiliki sebuah rumah adalah rahmat. Allah S.W.T berfirman dalam surah An-Nahl ayat 80 bahawasanya;
'Dan Allah menjadikan bagi kamu
rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu
dari kulit binatang-binatang ternak; khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu
mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu
berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang
ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu
menggunakannya) hingga ke suatu masa'
Ilmuwan agama tersohor Ibn Kathir pernah
berkata salah satu rahmat Allah S.W.T kepada hambanya adalah dengan memberikan
mereka sebuah rumah yang aman yang memelihara dan memberikan pelbagai faedah
kepada mereka.
Jadi, apakah tafsiran rumah kepada kita?
Adakah tempat dimana kita berteduh, makan dan bermesra dengan isteri dan
anak-anak? Bukankah ia juga sebuah tempat untuk kita bersendirian dan berjumpa
isteri dan anak-anak? Bukankah rumah adalah tempat yang memberikan keselamatan
kepada golongan wanita?
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Ahzab
ayat 33;
'Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah
kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang
jahiliyah zaman dahulu.......'
Manusia di zaman kita berlumba-lumba untuk
memiliki sebanyak rumah yang boleh. Tapi jika kita fikir mereka yang
tidak memiliki rumah, yang tinggal dalam teduhan (bawah jambatan, pohon atau
tepi jalan) barulah timbul keinsafan bahawa kita telah memiliki satu rahmat
yang amat hebat daripada Allah S.W.T. Iaitu rumah yang mana sebahagian
daripada kita langsung tidak pernah terfikirkan hal ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi sebagai seorang yang bergama Islam,
saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan untuk sama-sama berusaha menjadikan
rumah (diduduki) seperti mana yang disarankan oleh Islam iaitu:
1. Sebagai tempat berlindung untuk
ahli keluarga dan diri kita daripada azab api neraka. Ianya telah
dinyatakan dalam ayat Al-Quran dalam surah At-Tahrim ayat 6;
'Wahai orang-orang yang beriman!
Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan
bakarannya; manusia dan batu berhala; neraka itu dikawal oleh Malaikat yang
keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang
diperintahkan'
Sesungguhnya amat berat tugas dan
tanggungjawab suami dan isteri (lebih-lebih lagi suami). Apa yang dapat
saya faham disini adalah, dengan adanya rumah yang mengikut ciri-ciri Islam
(tidak ada maksiat), maka kita dapat menghindarkan diri kita dan keluarga
daripada azab api neraka.
2. Tanggungjawab ketua keluarga
adalah untuk menyediakan sebuah rumah untuk seisi keluarga. Tanggungjawab
yang amat berat ke atas suami pada hari akhirat ini pernah disabdakan oleh Nabi
Muhammad S.A.W;
'Allah S.W.T akan bertanya kepada setiap
seorang yang bertanggungjawab tentang mereka yang menjadi tanggungjawabnya,
samaada dia telah menjaga atau membiarkan mereka. Dan Allah akan bertanyakan
tentang isi rumah mereka (orang yang bertanggungjawab)'
3. Jadikan rumah sebagai tempat
untuk memelihara seisi keluarga, menjauhkan daripada unsur kejahatan dan
kebencian daripada manusia disekeliling. Rumah adalah tempat berlindung
daripada fitnah (persengketaan,
persilihan). Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawasanya;
'Rahmat adalah untuk mereka yang mengawal
lidahnya, mereka yang memiliki rumah yang cukup untuk meraka dan mereka yang
menangis bilamana melakukan kesalahan' (At-Tabarani; Sahih al-Jami, no. 3824)
Baginda juga bersabda bahawasanya;
'Keselamatan seorang lelaki pada masa-masa
fitnah adalah di rumah tinggal beliau' (Sahih al-Jami, no. 3543; Sunan Ibn Abi
Asim, hadis no. 1021)
Setiap daripada manusia muslim dapat
melihat kebaikan daripada nasihat manusia agung ini bilamana mereka
menetap di negara luar. Sesungguhnya rumah itu akan memelihara mereka
daripada melakukan perkara yang haram dan melihat perkara yang haram. Ia
juga dapat mengelakkan isteri mereka daripada mendedahkan aurat disamping
menjaga anak-anak daripada pengaruh-pengaruh negatif.
4. Jadikan rumah sebagai tempat
untuk beribaha menyembah Allah S.W.T. Jika tidak ianya akan menjadi
tempat untuk berbuat perkara yang lagha.
5. Perlu jadikan rumah sebagai
tumpuan utama untuk membentuk masyarakat Islam kerana masyarakat atau komuniti
tercipta hasil daripada isi rumah yang berguna. Jiran-jiran yang juga
bertindak berlandaskan hukum Islam akan sama-sama membina masyarakat sejati dan
syumul.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi sudah sediakah kita untuk
mereformasikan rumah kita mengikut garispanduan yang diajarkan oleh Islam?
InsyaAllah, sama-sama kita berusaha.