Hebat. Itu saja yang terlafaz daripada mulut aku tatkala aku
sedang membelek-belek website utama syarikat Yeo’s demi mencari informasi yang menarik
untuk dijadikan entri cabaran Contest Yeo’s: Pilihan Semulajadiku.
Lejen |
Dahulu (zaman 1980-an untuk lebih spesifik ;p), sewaktu
kecil aku lebih mengenali Yeo’s sebagai pengeluar air minuman kotak yang
popular kerana sering dijual di kantin sekolah, ketika acara-acara sukan mahupun
Hari Kantin sekolah. Ketika itu, air
kotak berperisa Teh Krisantimun memang sangat popular. Itulah detik mulanya aku merasakan air teh
berperisa bunga Krisantimun. ‘Chinese taste’ getus hatiku. Yerla, waktu kecil dulu ibu dan ayah biasanya
hanya mampu belikan teh yang biasa sahaja. Nak beli yang di pasar malam takut
sakit perut pulak. Itu kata mak aku la. Maka,
amat jarang dapat merasa teh yang mempunyai kelainan perisanya. Dan kini baru aku tahu kenapa jenama Teh
Krisantimun itu benar-benar meninggalkan memori dalam diri aku. Ia rupa-rupanya antara produk pioneer
syarikat tersebut. Bukan sahaja itu,
malah syarikat inilah yang mempelopori inovasi pembungkusan menggunakan kaedah
UHT dan bungkusan Tetra Brik Aseptik. Justeru, tidak hairanlah produknya boleh
bertahan lebih lama tanpa pengawet dalam pasaran sebab ianya dibungkus dengan
kaedah aseptik. (Habis flashback)
![]() |
Antara menu wajib buka puasa hari-hari (breakfast) :p |
Dalam era zaman moden ini (zaman milineum bak kata pak
menteri), banyak masa dituntut di tempat kerja.
Kerana daripada pekerjaan itu timbulnya pendapatan yang biasanya
digunakan untuk menguruskan keluarga.
Bayangkan kehidupan kita yang berputar dalam tempoh masa 24 jam
sehari. Dalam sehari, paling kurang kita
habiskan masa selama 10 jam untuk bekerja (1 jam pergi, 8 jam bekerja, 1 jam
pulang). Ini adalah jumlah yang paling
minima. At least untuk aku la tu ;P. Ada
lagi yang kerja berterusan siang dan malam hanya untuk menambah pendapatan keluarga. Kos sara hidup tinggi kan. Tidur pula dah
ambil masa kita selama 8 jam. Akhirnya
hanya 6 jam untuk kita habiskan untuk melakukan aktiviti bersama keluarga
seperti menonton televisyen, mengajar anak, menalaah pelajaran dan sebagainya.
![]() |
Chef Wan sendiri akui kelazatannya |
Ini adalah rutin Isnin
hingga Jumaat aku. Memang begini. Sampai rumah lebih kurang jam 6 atau 7
petang. Dan masuk tidur paling lewat jam
10 malam. Agak-agak korang semua la, sempatkah aku nak memasak? Jawapan
pastinya memang tak, sebab bukan aku yang masak. Isteri aku yang masak. Hehehe.
Tapi apa tugas aku nak bantu dia? Untuk kelangsungan hidup perlu ada makanan. So,
terpaksalah aku sub kan kerja-kerja masakan ini kepada syarikat Yeo’s, isteri aku cuma perangat (panaskan) je. Kalau ada masa barulah innovate sket masakan
tu. Tapi hari kerja aku tak kisah
sangat, janji segera, berkhasiat dan sedap.
Pada aku produk keluaran syarikat ini banyak membantu orang-orang
seperti aku menguruskan kehidupan seharian.
I mean seriously. Dengan adanya
produk-produk segera, inovatif, berkhasiat serta menyelerakan ini,
setidak-tidaknya dapat juga aku mengimbangi kesibukan bertugas dan
tanggungjawab kepada keluarga. (Ini contoh impak Yeo’s pada aku dan familyla,
korang pun samakan? Ha…betul la tu. Senyum2. Sengih2 tu :p)
![]() |
Pilihan juga banyak |
Kebaikan produk Yeo’s ini bukan sahaja dinikmati oleh aku
sekeluarga malah adik beradik dan sahabat handai hatta seluruh masyarakat
Malaysia. Seperti contoh, aku sebenarnya tak larat dah nak layan karenah adik
dan akak aku yang belajar di luar negara.
Asyik-asyik masuk mesej Whatsapp:
‘Abang, abby nak abang top up makanan tin tu. Abby nak ayam
kari, sambal ikan bilis, baked beans, sambal udang dan jangan lupa sardine ye.
Hehehe, thanks abang, sayang abang, mmmuahhh!!! :P Tapi jangan lupa semua nak
jenama Yeo’s tau!, I loikkke Yeo’s’
Ok, psycho pulak aku rasa.
2 ayat terakhir tu memang takde la. Saje tokok tambah kasi ‘UP’ sket.
Tapi sebabkan susahnya nak dapatkan makanan seperti ini di Mesir, maka aku pun
belikanlah, wrap up dan pos.
Kadang-kadang bila dia balik Malaysia, penuh satu beg dengan makanan
segera ni dia angkut balik ke sana.
Katanya, tak lalu dah makan roti je.
Tambah pula keadaan di Mesir yang sekarang ini berantakan, maka makanan
asas seperti susah nak dapat. Bila dapat
makanan mcm ni, barulah terubat kerinduan katanya. Feel at home.
Kakak aku pula.
‘Alep, along nak alep belikan Pes Laksa, Nasi Goreng, Sweet
Chili Sauce, Ezy Cook Noodle dan etc etc’
Kakak aku ni memang pandai masak. Sedapnya macam masakan air
tangan mak aku. Cuma katanya kat Jepun ni susah nak dapat makanan Halal. Memang
masalah. Sebagai orang beragama Islam perkara seperti ini memang paling
diutamakan. Bila dapat tahu produk Yeo’s ada sijil halal jakim. Maka hilanglah
rasa was-was tu tadi. So, banyak jugaklah bahan-bahan sampingan penambah perisa
di pesannya. Sekali lagi jadi lah aku
posmen yang berjaya. Tapi takpela,
segala kos dan upah aku aku claim kemudian.
Kaching di situ. :P
Untuk aktiviti bersukan |
Hai itulah, macam-macam. Pendek kata, semuanya Yeo’s
la. Daripada korang breakfast-lunch-makan malan-supper dan bersukan. Bayangkan aritu waktu kitorang
adakan sukan intra jabatan, air H Two O menjadi pilihan. Kata staf aku, murah
sket tuan dari yang lain. Rasanya pun sama. Ada yang kata lagi sedap. Jimat.
Huh..bila aku tengok, memangla..beli berkaton-katon memang jimat banyak
disitu. Dapatlak beli di pasaraya
borong.
Aku tak tahu apa jenama yang signifikan dalam hidup korang
sepanjang korang hidup setakat ini. Pada
aku memang tiada lain selain Yeo’s.
Sebabnya mudah. Bila pihak syarikat mencipta produk yang berinovasi dan
membantu kehidupan orang lain, maka ianya akan kekal dalam ingatan sampai ke
generasi yang akan datang.
Dan apa pula kena mengena dengan tajuk aku ‘Disebalik kicap
soya dan pemaju haratanah?’ Korang layarilah website syarikat untuk tahu lebih
lanjut. Mana nak tau, nanti taman yang
korang beli dimaju binakan oleh syarikat Yeo’s. Buat masa sekarang ni hanya di
Singapura sajalah. In the future who’s know kan? Info lanjut yang lebih
signifikan di Malaysia adalah seperti berikut:
YouTube Yeo’s
Dan entri ini ditulis untuk memeriahkan lagi Contest anjuran Denaihati dengan kerjasama Yeo's. Apa lagi, jom kita sertai. Caranya? Klik banner di bawah ini.
Dan entri ini ditulis untuk memeriahkan lagi Contest anjuran Denaihati dengan kerjasama Yeo's. Apa lagi, jom kita sertai. Caranya? Klik banner di bawah ini.
Yeo's selalu bersama dimana jua :)
ReplyDeleteAll the best! Good luck :)
terliur lak tengok seri kaya tu haeeee...
ReplyDeleteahaks..bakal ibu dah terliur susah ni
Deleteowwhhh.... tahu yang CHEF WAN pernah jadi duta YEO'S.... Gplus untuk post entry nie
ReplyDeleteentri terbaik ni.
ReplyDeleteBagi yang belajar/bekerja atau urusan kerja kat luar, antara pilihan yang baik dengan produk Yeo's sebagai bekalan.
ReplyDeleteBillion terima kasih kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan semoga sukses.
menarik...saya datang dari senarai penyertaan #SBBYeos2014...Good Luck dan dah takan G+..:)
ReplyDeleteEmm jaunya tempat kerja bro..emm nanti nak try la makanan dalam tin tu..mesti best..hehe
ReplyDeleteentri yg menarik. saya support dgn G+ an FB Share...
ReplyDeleteSelamat Maju Jaya Bro :)
ReplyDeleteIkhlas;
ProfHariz