Lazada MY

Friday, 7 March 2014

2 Langkah Mudah Renew Permit Maid!

Semalam. Ada sedikit waktu lapang untuk pergi buat renewal permit maid.  Maid kata sekarang ni polis selalu juga spot check pekerja indonesia. Ada sekali time waktu dia naik bas, bas di tahan. Dan semua warga asing dikehendaki tunjukkan permit ataupun passport.  Mujur permit maid masih lagi tidak tamat tarikhnya.

Semak status di website FOMEMA
Apa yang korang perlu tahu sewaktu nak renew maid mudah saja.  Hanya perlu pergi daftar pemeriksaan dengan agensi FOMEMA. Dalam RM 120 kena bayar.  Aku dah lupa exactnya. Lepas tu, pilih klinik mana untuk dilakukan check up tu.  Mudah. Macam aku. Aku just pergi ke PKNS Shah Alam. Kat situ ada kaunter FOMEMA. Pergi ke situ, isi borang pemeriksaan untuk tujuan renewal. Then, sertakan sekali fotostat Passport maid korang tu. Kat borang tu akan ada pilihan klinik. Just isikan kat mana korang nak buat check up tu. Better di kawasan yang dekat dengan rumah korangla kan. Paling baik, pastikan klinik tu ada semua kemudahan iaitu X-Ray dan ujian makmal ringkas.

Dah buat, kebiasaannya kena tunggu 10 hari bekerja untuk tunggu result but bergantung kepada klinik yg korang pilih tu la.  Selepas dah agak2 time masa keputusan keluar, boleh layari laman web di bawah FOMEMA untuk semak status secara online. Berjaya atau tidak untuk proceed ke Jabatan Imigresen. Macam aku, lepas tahu dah lulus. Terus ke Jabatan Imigresen Putrajaya. Aku datang pukul 4 petang sebab memang time tu dah tak ramai orang.  Seperti dijangka memang aku je yang tinggal untuk berurusan.  Amik nombor dan tunggu dipanggil. Bila di panggil, passport maid anda akan diperiksa dan disemak datanya yang ada di laman web FOMEMA. 
Pecahan perkara yang anda perlu bayar
Lulus sahaja korang akan disuruh ke kaunter bayaran untuk bayar yuran tahunan permit tu.  Di kaunter Jabatan Imigresen Putrajaya ini akan ditutup tepat pukul 4.30 petang. Sebab mungkin dia nak kira pendapatan Jabatan hari itu agaknya. Jika anda lambat dan kaunter telah tutup, maka anda terpaksa datang keesokkan harinya. Ini pernah terjadi pada aku sendiri.  Yuran renewal untuk tahun kedua adalah berjumlah RM 495. So, memang kena prepare duit siap-siap. 

Lepas bayar, tunggu dipanggil untuk penyerahan passport dengan sticker permit yang baru. Done!. Boleh lepak mamak sebelah Jabatan Imigresen tu, pekena teh ais dan boleh pulang ke rumah. Selamat mencuba!.

p/s : Maid kata, orang asing yang di tahan di bas tu dilepaskan sebab mereka bagi rasuah kat polis.  Sedih aku dengar. Ramai yang ambil kesempatan.

9 comments:

  1. ada tips bro camne nak dapat maid yang bagus?

    ReplyDelete
  2. Aik...renew permit nak kena berfomema? Setahu saya masa mula2 / 3 tahunn pertama je. Lepas tu byr 495 je on 4th yr. Or yg awak crita ni os buat permit baru bukan rwnew?

    ReplyDelete
  3. Assalam. Nak tanya. Pergi Pejabat Imigresen tu, document apa yang kena bawak selain passport maid dan IC majikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saja. dan pastikan fomema dah dibuat.

      Delete
  4. Assalamualaikum Encik, boleh ke kalau saya nak tolong buatkan permit untuk kawan saya (bangladesh) or is it compulsory untuk boss atau majikan atau agen dia sahaja yang boleh buat kan permit untuk dia?

    ReplyDelete
  5. salam tuan.. mcm mn klu sangkut kat fomema? cth ade stu pkerja ni dye hmpir 10thn kat msia. dh byk kli renew... tp utk kli ni tbe2 sngkut kat fomema.. selain blh appeal blk ade cre lain selain hntr blk pkrja tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah tak perlu fonema kalau lebih 3 tahun bekerja. Maid saya utk tahun ke 6 tak perlu fomema. First 2 years je kena

      Delete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...