Lazada MY

Thursday, 26 February 2015

[Kisah Benar & Teladan] Kisah Suka Duka Seorang Hafizah Yang Buta

Bismillah. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Semalam  berkesempatan untuk hadir ke sesi seminar pendek yang dianjurkan oleh Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali Masjid Besi, Putrajaya. Mulanya tidak langsung planning untuk bersolat zohor disitu memandangkan cuaca agak panas di sini dan terasa ada perasaan malas dan segera mahu pulang ke rumah sahaja selepas keluar makan tengahhari bersama isteri. Waktu-waktu cuti semester macam ni memang itulah rutin aku, hantar wife pergi kerja. Jemput makan tengahari dan ambil balik jam 5 petang.

Nak dijadikan cerita, isteri suruh  hantar bungkusan pos lajunya di Pejabat Pos Laju berdekatan dengan Bangunan Perbadanan Putrajaya. Dan secara tiba-tiba tergerak juga hati untuk solat zohor disini memandangkan jaraknya sudah dekat dengan Pejabat Pos tersebut. Rupa-rupanya ada majlis ilmu dan sebab aku takde benda nak buat belah petang jadinya aku ambil keputusan untuk lepak je la kat masjid sambil dengar ilmu yang hendak disampaikan. Macam seperti biasa, lepas ambil wuduk terus sahaja sembahyang dan join the crowd yang baru hendak bermula. Mulanya ingat majlis untuk jabatan tertentu. Rupanya ianya adalah Seminar Cinta Al-Quran anjuran Masjid Besi.


Panel-panel yang dijemput adalah:

Panel 1 : Ustaz Md Taha Hasan Azhari Al-Qusyasyi (merupakan anak kepada Tokoh Guru Tajwid dan terkenal dahulu, Tan Sri Hasan Azhari)

Panel 2 : Ustazah Asni binti Abu Mansor Al-Hafizah

Moderator: Ust Muhd Redza bin Ahmad Al-Hafiz (salah seorang Imam Masjid Besi)
______________________________________

Pengisian dari seminar ini sangat hebat dan patut aku kongsikan terutamanya kisah benar yang Ustazah Asni ceritakan.
_____________________________________
KISAH SUKA DUKA SEORANG HAFIZAH YANG BUTA

(seperti yang diceritakan oleh Ustazah Asni)
Ustazah Asni bersama suami dan anak-anaknya. Kredit pic tu Kosmo.my
Kisahnya bermula apabila Ustazah Asni mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Darul Quran, JAKIM pada usianya yang muda. Beliau mula mengenali seorang pelajar buta yang membahasakan dirinya akak (nama sebenar Fatimah binti Hanafiah - kalau tak silap) yang ketika itu berusia lebih kurang 17 tahun atau lebih. Melalui pengenalannya bersama 'akak' tersebut, barulah beliau tahu yang 'akak' tersebut bukanlah buta sejak dilahirkan bahkan beliau buta disebabkan pembedahan kanser otak yang dialaminya. Akibat daripada pembedahan dan sebahagian otak yang telah dibuang, 'akak' tersebut menjadi buta.

Ustazah menegaskan 'bayangkan bagaimana perasaan seseorang yang celik pada asalnya tetiba buta tiada apa-apa yang dapat dilihat. Daripada dapat menjalankan urusan seharian seperti orang lain terpaksa adaptasi keadaan diri yang kekurangan satu nikmat yang Allah SWT kurniakan. Dan nikmat dapat melihat menggunakan MATA adalah satu contoh nikmat Allah SWT yang maha hebat'.

Pastinya 'akak' tersebut tertekan dengan keadaan dirinya dan hampir tidak dapat menerima kenyataan realiti keadaan hidupnya kini. Namun, setelah beberapa lama. Ahli keluarga 'akak' tersebut menghantarnya ke Pusat Latihan Orang Buta di Brickfields untuk belajar serta sesuaikan keadaan diri. Pada ketika itulah pihak JAKIM ada menawarkan sesiapa penghuni dan pelajar Pusat Latihan Orang Buta tersebut untuk belajar, mendalami dan menghafaz Al-Quran di Maahad Tahfiz Darul Quran. Ada 10 orang terpilih dan 'akak' tersebut adalah salah satu antaranya.

Ada juga kisah lucu yang terjadi yang diceritakan oleh Ustazah Asni ketika beliau terlanggar 'akak' tersebut dan seraya 'akak' tersebut secara spontan berkata; 'Kau buta ke?' Sedangkan 'akak' itu yang buta.

Ustazah menyambung, kebiasaan tempoh pengajian mengambil masa dalam 3 ke 4 tahun untuk tamat tetapi disebabkan 'akak' tersebut buta, beliau terpaksa menyambung pengajiannya ke hampir 7 tahun. Ketika mereka berdua telahpun tamat pengajiannya dan ketika majilis khatam Al-Quran diadakan dan ketika Ustaz membacakan doa khatam Al-Quran.

'Akak' itu terus dipeluk oleh Ustazah kerana ustazah tahu betapa sukarnya seorang yang buta untuk  menghafaz Al-Quran menggunakan kaedah Braile. Lebih-lebih lagi seorang buta yang asalnya celik dan perlu menyesuaikan diri. It is like a continuing struggle. Namun, perkataan yang keluar dimulut 'akak' tersebut hanyalah; 'Fahamlah aku' 'Fahamlah aku' ' Fahamlah akak sekarang'

Lantas beliau memberitahu kepada Ustazah Asni yang dia telah faham kenapa Allah SWT menarik nikmat penglihatannya. Kerana Allah SWT ingin membalasnya dan berikan nikmat 30 Juzuk Al-Quran didalam hati sanubari beliau. Kerana ketika beliau masih boleh melihat, amat jarang beliau membaca Al-Quran. Subhanallah. Inilah cerita dan kisah benar tentang erti Redha.

Dan selepas setahun Ustazah tidak berjumpa dan ketika Ustazah telahpun berkahwin dan dikurniakan anak, Ustazah terpanggil untuk berjumpa dengan beliau. Dicari-carinya nombor telefon dari buku-buku lama. Dan akhirnya ustazah berjumpa semula dengan sahabat lamanya itu yang kini terdampar di Hospital Kuala Lumpur akibat ketumbuhan barah otak di sebelah lagi otaknya.

Kata-kata yang diucapkan oleh 'akak' tersebut kepada Ustazah Asni ketika mereka bertemu;

'Asni dah kahwin ye, sudah ada anak. Alhamdulillah. Akak tak kahwin lagi tapi tak mengapa, akak ada Allah SWT, akak telah diberikan nikmat menghafaz Al-Quran, jika akak mati sekalipun, akak tak menyesal dan akak nak tersenyum sahaja'

And that phrase benar-benar terkesan dalam hati aku. Serious. Malu aku rasa pada 'akak' tersebut.

Dan benar, ustazah terus menyambung yang 'akak' tersebut telah kembali ke rahmatullah. Dan Alhamdulillah, beliau kembali dengan keadaan membawa 30 juzuk Al-Quran didalam ingatan dan hatinya. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Satu pesan daripada 'akak' tersebut kepada ustazah agar ustazah dapat sampaikan kepada mereka-mereka yang hadir dalam pertemuan dakwah ustazah.

'Nasihatkan mereka, belajarlah Al-Quran, Bacalah Al-Quran. Jangan tunggu dah buta baru hendak belajar. Jangan jadi seperti dia. Belajarlah dan Bacalah Al-Quran'

Terus terang, aku rasa kerdil disaat itu. Sedangkan jika Caliph Busker menyanyi pun kita sudah kagum, inikan pula seorang buta yang berjaya menghafaz Al-Quran. 

Semoga cerita bermanfaat dan mendidik kita agar mulakan membaca al-Quran. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa kita semua dan memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dalam membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian kita. Amin.

Untuk makluman. Ustazah Asni merupakan tenaga pengajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Hafizah Tamam khas untuk anak-anak perempuan.

Sewaktu artikel ini ditulis, ada juga terjumpa artikel yang ditulis oleh saudara Zabidi seorang penulis skrip yang kemungkinan kisah ini bakal dijadikan drama. Tapi tak tau pula sudah ditayangkan atau macam mana. Semoga ramai lagi yang terkesan dan berubah untuk lebih cintakan Al-Quran. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...