Lazada MY

Monday, 23 February 2015

[TIPS] Bagaimana nak score ujian MUET?

Aku masih ingat lagi time dulu-dulu sewaktu zaman matriks aku di Kolej Matrikulasi Melaka. Sebagai 1st batch tikus putih untuk program matrix selama setahun, banyak benda yang berlaku secara mendadak. Semua subjek di compresskan seketat-ketatnya. Aku yang sebelum ni tak pernah merasai hidup berasrama memang agak terkejut dengan budaya baru ini.

Itu cerita lama aku dulu. Sewaktu tu banyak perubahan dalam dasar pendidikan negara. Daripada keputusan SPM berpandukan aggregate ditukar menjadi gred A,B,C dan D. Dulu belum pernah ada peperiksaan Bahasa Inggeris untuk kemasukan ke universiti tempatan, start dari batch aku sudah ada ujian MUET. Apa itu MUET?

Dia kalau dipendekkan cerita macam ujian kefasihan berbahasa Inggeris dalam bertutur, menulis mahupun memahami. Kiranya macam ujian IELTS kalau nak ke oversea. Susah ke MUET ni? Terus terang aku dulupun score Band 3 je. Salah satu sebabnya ketika ujian hearing, pendengaran aku diganggu oleh bunyi mesin drilling asrama tempat kitorang amik ujian MUET. Hancur lebur aku punya result MUET. Dahulu target tertinggi dalam MUET adalah Band 6. Kini aku tak tau la berapa. Cumanya nak bagitau MUET ini adalah salah satu prasyarat untuk kemasukan ke universiti terutamanya untuk kursus-kursus krtikal seperti Sarjana Muda Farmasi, Perubatan dan Pergigian.

Tak percaya sila baca entri tentang prasyarat kemasukan ke kursus Sarjana Muda Farmasi INI. Cuba lihat diruangan komen, ramai yang bertanya pasal MUET. Ada yang layak dan ada yang tidak layak.


Untuk adik-adik yang ingin masuk ke dalam pengajian kritikal seperti dinyatakan. Buatlah persediaan daripada sekarang. Atau paling tepat bermula dari SPM. Sebab result subjek tertentu dalam SPM akan diambil kira.

Untuk MUET, sila hadam dan khatam panduan yang ditulis oleh pemeriksa kertas ujian MUET ini sendiri. Ianya bukan percuma ye. Tapi semua yang adik-adik ingin tahu dan segala tips and tricks untuk lulus cemerlang dalam ujian MUET ada dalam tu.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut; Klik panduan ini ---- Panduan MUET

Selamat Membaca dan lulus ujian MUET dengan cemerlang. :)

5 comments:

  1. Hehe..terima kasih..semoga mereka berjaya hadapi muet dengan baik dan jayanya..

    ReplyDelete
  2. hye blogger hebat... saya datang berkunjung.. jangan lupa singgah blog saya pulak ye..

    ikhlas - Bakul2011

    www.bakul2011.com

    ReplyDelete
  3. templatenya dari sini - http://www.catataninfo.com/

    cuma, bila dh download tu, awk kena edit sendiri, jadikan template itu mesra Seo...jadi tak payah wisau pasal traffik...

    Ikhlas -Bakul2011

    www.bakul2011.com

    ReplyDelete
  4. itulah itu.

    kena belajar beb kalauu betul nak lulus muet nih. bukan senang tu.

    ReplyDelete
  5. Singgah sebentar di sini =)

    Baru saja saya habis duduki MUET Sesi Mac 2015 =)

    Kepada adik adik yang baru dapat keputusan SPM, dan berkeinginan untuk sambung peringkat Diploma dan Higher National Diploma di Kolej Profesional MARA, jangan malu dan segan untuk terjah entri saya =)

    http://syahmizaludin.blogspot.com/2015/03/offer-kemasukan-ke-kolej-profesional.html

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...