Lazada MY

Sunday, 5 April 2015

Alternatif kepada kerja makan gaji.

Ramai orang  rasa tersepit dengan keadaan ekonomi negara sekarang. Ditambah dengan cukai yang baru diimplemen oleh kerajaan pada 1 April 2015 yang lalu. Harga barangan nampaknya tidak turun seperti yang dikatakan oleh menteri. Maka ramai yang beralih untuk berusaha menjana pendapatan sampingan.

Dalam alam maya internet yang tanpa batas ini, jika tahu cara dan sabar dalam melaksanakan strateginya, sedikit keuntungan boleh diraih. Walaupun permulaannya kelihatan sedikit, namun teori keuntungan yang bersifat exponential mungkin benar. Biasanya, kepada sesiapa yang mencari pendapatan melalui blog, jumlah traffik ke blog sendiri adalah sesuatu penentu untuk mencatat keuntungan sama ada melalui pengiklanan mahupun jualan barangan yang diusahakan. So, macam mana untuk mendapat trafik yang konsisten. Tiada lain melainkan jangan cepat putus asa dan terus dan terus dan terus menulis walaupun pada peringkat awal gaya penulisannya macam hampeh. Serius. Aku pernah melaluinya.
Nuffnang

Blog aku ini adalah eksperimen untuk menilai bagaimana cara alternatif yang ada dapat memberikan sedikit pendapatan kepada aku. Mulanya konten dalam blog ini sangat caca merba, daripada caca merba tersebut, aku cuba buat pengkhususan. Namun, jumlah konten yang di publish setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan adalah penentu kepada jumlah traffik sesuatu blog. Tapi jangan gusar, percayalah formula ini; 

'Lagi banyak konten yang kita tulis, lagi tinggi kebarangkalian konten kita itu menarik pembaca ke blog'

Itu adalah formulanya. Basic. Lagi banyak konten, lagi banyak pembaca. Namun kepada blogger yang bijak, mereka bukan sahaja membanyakkan konten bahkan menjaga kualiti sesuatu konten agar ianya lebih reliable, evergreen dan sentiasa menjadi umpan kepada apa-apa info yang pembaca inginkan.

Next step adalah ilmu untuk mengetahui cara-cara mendapatkan duit samaada melalui kaedah affiliate, caj pengiklanan ataupun menjadi mediator atau medium kepada pengiklan digital dalam mempromosikan produk klien mereka. Contoh yang sesuai adalah Nuffnang, Innity dan sebagainya.

Sistem affiliate yang baik seperti Ashadee, advertorial.my, jobdirumah dan sebagainya juga mampu membuatkan kita mula membuat duit melalui internet.

Entri di bawah adalah contoh-contoh dan pengalaman aku mendapat komisyen demi komisyen dengan menyertai sistem affiliate dan juga 'upah' yang diberikan oleh syarikat pengiklanan digital.


Jika akak-akak atau makcik-makcik yang sedang membaca dan mencari cara yang sesuai untuk menjana pendapatan daripada internet. Boleh dapatkan panduan lengkap yang dikarang oleh penulis yang telahpun berjaya meraih pendapatan lumayan dengan hanya bekerja di rumah.

Klik SINI untuk dapatkan panduan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...