Lazada MY

Sunday, 23 August 2015

Nilai RM kita semakin lemah

Terkadang aku terfikir, Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan sumber asli namun masih tak dapat menyaingi Brunei dan Singapore. Matawang Dolar mereka lagi kukuh berbanding RM padahal negara kecik je kot.

Ahli politik.

Kat Malaysia ni ahli politik ni dah macam kartun. Pelawak antarabangsa. Keluarkan kenyataan2 mengarut. Macam budak tak sekolah. Tak sensitif dan tentunya bukan mewakili seluruh rakyat majoriti.

Asyik-asyik politik sana sini. Mainkan isu perkauman. Isu yahudi. Isu keselamatan negara. Padahal sendiri yang buat salah. Buat benda2 syubhah dan tentunya tak ikut pun ajaran Islam. Kata pejuang Islam.

Nak kata pejuang Melayu lagi takla, hanya dibibir dan hanya utk kepentingan diri.

Pelajar luar negara.

Bagaimana diorg nak survive kalau keadaan ekonomi Malaysia saban hari kian teruk. Cukupkah makan keperluan mereka? Apa inisiatif kerajaan yang katanya pembela bangsa lakukan? Diambil beratkah kesulitan pelajar disana? Hatta bukan hanya yang ditaja kerajaan, yang persendirian juga.

Jemaah haji.

Tahun 2013 aku diberi peluang ke sana. Ekonomi Malaysia stabil. Tukaran matawang RM ke Saudi Riyal hampir sama. Sekarang ntahla, makin kurang purchase power jemaah kita. Hmm...nanti ada akan kata ke sana utk beribadah, bukan berbelanja sakan a.k.a shopping.

Perlu diingat, tak semua jemaah mampu hadam masakan yang diterima jika pakej yang diambil adalah muassasah. Tambah lagi kalau yang dah lanjut usia. Ini bukti dari pandangan aku sendiri. Mesti ada yang nak makan selain dari yang disediakan. Tambah pula kualiti makanan di Mina. Hmmn...

Semoga jemaah haji Malaysia kali ni tak terganggu ibadah mereka hanya sebab RM telahpun devalue oleh matawang lain.

Diharap pihak kerajaan lakukanlah sesuatu. Jika ada isu besar yang dpt selesaikan segera buatlah seadanya. Jgn asyik berpolitik kelak kesannya rakyat juga yang kena tanggung. Jagalah amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Jangan bongkak dan takbur wahai pemimpin Malaysia.


No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...