Lazada MY

Wednesday, 20 April 2016

Akhirnya Konvokesyen Kali Yang Kedua

Alhamdulillah, setelah semakan dibuat dengan pihak UiTM, tiada saman trafik atau denda lewat pulang buku di library. InsyaAllah, asbab 2 benda tu, merasa konvo utk kali kedua dalam sejarah hidup aku. :p

Kali ni konvo setelah dikurniakan 3 orang cahaya mata. Bayangkan peritnya menelaah pelajaran dengan anak-anak yang masih kecil. Tak proper langsung study rasanya. Kejap tertonggeng, berbaring, meniarap dengan anak-anak main pijak belakang.

But, semuanya pay off dengan konvokesyen ini. Satu pencapaian dlm karier aku sebenarnya. Kepuasan dlm memahami ilmu dengan lebih dalam lagi. Asbab utk rasa lebih confident dan calm dengan tugasan semasa.

Yup, batch aku hanya ada 5 orang sahaja. Happy friendship utk 5 org yg berjaya menghabiskan Master in Pharmacy Practice.

Tak sabar pulak rasanya nak kalut-kalut pagi-pagi time hari konvo nanti. Hehe


No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...