Lazada MY

Sunday, 17 July 2016

Fenomena Pau Cendawan Putrajaya

Pau Cendawan? Cerita ni cerita time bulan puasa yang lepas. First Ramadhan tu mmg aku ada pergi ke Param Presint 3 Putrajaya. Saje2 amik mood puasa. Sambil2 tgk apa kelainan param kali ni. Waktu tu mmg dah perasan satu stall ni yg jual pau cendawan. Agak skeptikal mulanya dan xde keinginan pun nak merasa.

Tapi apabila masuk minggu kedua dah ramai yang post kat FB sampaikan viral. Wife mula suruh belikan. Agak malas sebenarnya nak beratur. Bila tgk gambar yg barisannya pjg kemain. Mmg aku tangguhkanla. Alasan diberikan. Hehe. Lagipun kita duduk di Putrajaya dan perasan bila2 pun boleh belikan. Macam jgk event2 besar yg berlangsung kat Putrajaya. Mcm Floria, Belon Panas. Aku xinginpun nak bersesak pg. Dlm kepala, mesti fikir ala bila2 nanti pun boleh pg. Same thing bila berkenaan pau cendawan ni

Masuk minggu ketiga wife dah tanya lagi. Waktu tu dah ada org post pau ni xdela sedap mana. Kat FB pun dah ada org up resipi yg hampir sama dgn pau cendawan ni. Aku biasala x amik port pun. Cuma bila dah nak masuk minggu keempat, spesifically hari 3 akhir Ramadhan barula aku tergerak nak pg beratur. Yerla, satg balik kg saudara tanya apa rasa pau cendawan boleh la nak disembangkan.

So, hari aku beratur tu kebetulan dapat off kerja petang. Jumaat. Lepas solat Jumaat aku terus pergi beratur. Ramai kot org waktu tu. Waktu tgh beratur tu aku nampak sorg brader ni tgh amik nama dan no tepon pelanggan. Aku tanya dia utk apa, dia jawab hanya pelanggan yg register tempahan sagaja yg boleh beli. Walaweiiii....seriously a very good business...

So, aku tanya. Abis tu apa guna beratur ni? Dia jawab kalau ada rezeki balance kuota pagi, ada la. Kalau xde, better tulis nama dan kembali beratur bermula jam 6 ptg. Dalam hati aku gila hebat diorg ni. Meniaga sekejap je. 1000 biji pagi dan kuota sebelah ptg pun 1000 biji. 3 biji RM 10. So kirala hasil jualan diorg sehari. Dan paling best mmg konpem abis stok setiap hari sebab kuantiti tu dah ada customer booking.

Al kisahnya, dapatla merasa. Actually, quite good jgk especially the idea utk buat pau tapi intinya mushroom soup. Bila panaskan pau, dan makan. Lelehan sup mushroom tu yg power tu. Setiap pelanggan hanya boleh beli 6 biji max. Marketing diorg mmg power. Bukan setakat yg ready to eat pau yg dijual, frozen pun ada jgk.

Kali kedua beratur sebab ada sahabat yg kena biat mastectomy di Hosp Putrajaya kepingin nak rasa. Utk xhampakan dia, aku beratut jugakla since wife pun suka. Kali kedua aku try luck utk beli 6 biji ready to eat pau utk sedekahkan pada sahabat aku tu dan 6 biji frozen utk aku bawa balik kg.

Selamba je adik tu jawab x boleh. Kalau nak pau frozen beli yg frozen shj. Sehari kuota satu pelanggan 6 biji je (sebelum tu 3 biji je). So, aku belikan je yg ready to eat utk sahabat aku tu. Dlm hati aku kata, inilah pau yg aku rasa ada peminat fanatiknya.

Habis ramadhan dan start syawal ni, dalam group whatsapp anak sekolah ada pulak parent yg aku order pau ni. Cumanya jual yg frozen punya la. Haha...adui...demam dia tu xabis lagi rupanya. Nak kata sedap sgt takdela. Pada aku Pau Tg Agas kat Muar lagi best dan puas makan. Cuma pau cendawan punya idea tu yg lain dari yg lain. Pau Tg Agas ada telur puyuh dlm pau tu. Inti padat dan besar. Dulu waktu kerja kat Hosp Muar mmg diner makan pau je. Jimat, sedap, kenyang dan murah.

Ape2 pun pada sesiapa yg nak try rasa pau ni, call la no kat gambar di atas. Aku xde dpt komisen pun, just nak share info shj. Sesuai la utk bini yg tetiba mengidam nak makan pau cendawan kan. Huhu..😉


No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...