Lazada MY

Tuesday, 8 November 2016

Kena tarik kereta

Tadi otw nak ke Melaka singgah kejap di stesen Petronas Sg Besi. Depan kereta aku ada satu kereta Wolkswegan. Mmg lawa la kereta mahal. Tapi tetiba datang sorang brader India ketuk pintu kereta depan tu. Aku dah cuak tengok gaya India ini, biasala gaya kaki pukul. Tapi ada pakai pas di leher. Dalam hati mesti penarik kereta dari bank ni.

Memang betul. Disuruhnya owner Cina kereta tu keluar dan diarahkan serah kunci. Terpinga-pinga owner Cina tu. Ekonomi memang teruk. Aku pun pernah gak kena tarik kereta. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Bukannya tak bayar, cuma bayar tak ikut date yg ditetapkan. Sudahnya dalam rekod kata default 2 bulan. Huk alo.

Sakit gak nak bayar waktu tu. Bukan takat kena bayar instalment, kena bayar juga denda dan caj depot kereta ditempatkan. Tak pasal-pasal rugi tak bertempat. Ape-ape pun, bagus jugak bila boleh buat autodebit. Senang, tak perlu ke bank utk bayar dan tak perlu risau kalau lapse. Semuanya on time.

Fuh. 

 

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...