Lazada MY

Sunday, 20 November 2016

Kuasa membeli yang menurun

Sekarang ramai landlord turunkan total deposit rumah. Rata-rata dekat grup iklan rumah sewa di Facebook mereka hanya minta deposit 1+1+0.5. Ada juga yg hanya 1+1 tak seperti dulu yang kebiasaannya 2+1+0.5

Sebabnya mudah. Lebihan duit di poket kita semakin berkurang. Tak mampu untuk sediakan seperti kehendak pasaran sewa seperti biasa. Kesudahannya landlord kena adapt dengan situasi semasa. Terpaksa ikut demand semasa. 

Itu sebab aku xberani nak invest dalam portfolio yang mahal-mahal sebab takut x break even nanti. Kita nak cash flow positif. Biar sesuai dengan selera kita, beli rumah yang tak 'kotor' sgt atau tak ekslusif sgt. In the middle should be ok.

Walaupun demand untuk rumah sewa masih tinggi, keupayaan membayar sewa tu yg perlu diambil kira. Dari pengalaman aku beriklan rumah sewa, dalam tempoh sehari kita up iklan di grup FB yg betul memang bertalu-talu masuk pertanyaan perihal rumah sewa kita tu. Tapi ramai yang hanya bertanya dan tak tunjukkan minat betul-betul. Mungkin mereka hanya nak survey dan open kepada pilihan-pilihan lain yang ada. Quite understandable.

Tapi percayala, demand tetap ada for whatever reason contohnya:
1. Couple dah xnak duduk dengan mak/abah mertua.
2. Bertukar tempat kerja
3. Nak lokasi yang lebih dekat dengan tempat kerja
4. Atas alasan kebajikan seperti nak dekat dengan hospital sebab terpaksa ulang alik hospital

Tapi memang terasa power purchase dah semakin menurun. Atau lebih kepada ramai berhati-hati utk berbelanja. Ada satu kes ni seorg staf nurse dengan anak premature baby selalu kena ulang alik Hosp Putrajaya. Penat katanya ulang alik dari rumah sekarang. Dari conversation mmg dia nak sgt sewa. Husband pun mencari rumah sewa. Tp bila aku suruh reconfirm balik dengan hubby, diorg terpaksa tangguh sebab ada komitmen lain yang perlukan duit.

Dapat lagi satu kes seorang perempuan muda bekerja di Seri Kembangan. Nak keluar dari rumah sewa sekarang untuk lebih dekat dengan tempat kerja. Tak kisah menyewa seorang dulu dan akan cari housemate baru. Macam-macam.

Cumanya mcm aku ckp tadi, landlord perlu adapt dengan situasi skrg. Market memang soft waktu ni. Sekian

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...