Lazada MY

Thursday 21 September 2017

Selesai Urusan Permit Pembantu Rumah

Ada beberapa peringatan aku nak share jika pembaca juga ada maid di rumah. Tahu tak sekiranya maid telah memperbaharui passport tetapi permit masih dipassport lama tidak boleh bercuti luar negara atau masuk kembali ke Malaysia walaupun tempoh permit itu belum tamat?

Ini pelajaran baru yg aku dapat sejak dah lebih 6 tahun ada maid. Nak dijadikan cerita maid aku ni nak balik cuti ke kg halamannya di Acheh Hari Raya Aidil Adha yg lepas. So, apparently hujung bulan September ni permitnya mati. Tapi selepas berbincang dan dia bersetuju utk lanjutkan khidmatnya kepada famili aku setahun, aku perbaharui passportnya yg secara kebetulan pun mati 2017 ni. So syarat utk buat passport baru hendaklah passport tidak pendek tempoh kurang dari setahun.

Aku dah buatkan passportnya di Kedutaan Indonesia,KL. Azab juga la sebenarnya nak berurusan di sana sebab sgt ramai org Indonesia berurusan atas apa jua perkara dengan kedutaan mereka. So, selepas kita sign kontrak kerja yg perlu maid dan majikan sign dgn RM 1000 adalah gaji minimum dicop dan diperakui di Kedutaan barulah aku proceed buat passport baru. Tapi passport baru tu namapun baru takdela apa2 butiran keluar masuk maid ni lagi malah permit pun masih di passport lama.

Alkisahnya, selepas maid aku pulang ke Acheh, aku dah mula risau sebabnya waktu nak check in di KLIA2, Pegawai Imigresen dah maklumkan pada dia yg permit hendaklah ada pada passport yg hidup. Dalam kes aku ni, passport lama walaupun belum tamat lagi tapi dah digunting tepi menandakan xtervalid lg sebab ada passport baru.

Jenuhla maid aku tu call aku bgtau yg kauntet imigresen suruh dia bayar denda sebanyak RM 500. Tp aku katakan pada dia just balik kg dulu nnt seandainya dia balik ke Malaysia dan di tahan akan aku uruskan hal dengan imigresen. 

Alhamdulillah yg dia tak ditahan walaupun isu passport permit tu ada masalah sket. Tp sebagai majikan, aku tetap buatkan permit dia. Sebabkan aku duduk Putrajaya, aku ke Imigresen awal pagi dan bgtau masalah aku tak dapat buat perbaharuan permit melalui MyEG. Aku diberitahu di kaunter pertanyaan Imigresen Putrajaya bahawa maid aku bernasib baik kerana masih dibenarkan masuk ke Malaysia, kebanyakan maid dengan masalah sebegini akan disuruh pulang kembali ke Indonesia atau negara asal.

Syukur, permitnya pun dah dibuat tanpa perlu lagi buat FOMEMA. Selesai tugas yang ini. Boleh fokus pada masalah yg lain pula. 🤣

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...