Lazada MY

Sunday 29 October 2017

Permit Pekerja Asing 2018!

Bukan nak kata apa la, sistem yg dikatakan oleh kerajaan sewaktu pembentangan bajet 2018 di parlimen tempoh hari sebenarnya telah pun dilaksanakan sebelum tahun 2012. Sebelum tahun tu, majikan buat sendiri permit dan boleh cari sendiri pekerja asing yg ingin bekerja dengan mereka. 

Rasa sedikit marah sebab bermula tahun 2012 kerajaan mengarahkan agar setiap majikan yg ingin menggaji pekerja asing hendaklah berbuat demikian melalui agen yg berdaftar dengan Jabatan Imigresen. Sistem ni la yg buatkan aku marah dan luahkan ketidakpuasan hati aku pada agen yg uruskan maid aku dulu. Sebabnya kosnya memang melambung. 

Sangat melambung. Memang benarlah kini bermula tahun 2018, majikan boleh jimatkan hampir 50% kos-kos yg terlibat. Tapi polisi yg flip flop ni memang menjengkelkan. Berapa dah kerugian yg majikan termasuk aku alami.

Namun itu perkara yg lepas. Tetap bersyukur kerajaan revert kepada polisi lama ini. Lebih memudahkan majikan dan tak perlu melayan karenah agen yg sangapkan duit sahaja. Apa jadahnya konsultansi fee sampai RM 1,000.00. Doktor pakar pun xcaj sebanyak tu. Hantu betul!



1 comment:

  1. Mcm mana nk apply sekarang ye jika masuk guna pas pelancong

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...