Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum? Apa susah. Carry forward je ke tahun depan, 2018. Apa-apapun, selamat bercuti dan beristirehat pada semua. 😆
Rojak at 40's
Thursday, 14 December 2017
Sunday, 29 October 2017
Permit Pekerja Asing 2018!
Bukan nak kata apa la, sistem yg dikatakan oleh kerajaan sewaktu pembentangan bajet 2018 di parlimen tempoh hari sebenarnya telah pun dilaksanakan sebelum tahun 2012. Sebelum tahun tu, majikan buat sendiri permit dan boleh cari sendiri pekerja asing yg ingin bekerja dengan mereka.
Rasa sedikit marah sebab bermula tahun 2012 kerajaan mengarahkan agar setiap majikan yg ingin menggaji pekerja asing hendaklah berbuat demikian melalui agen yg berdaftar dengan Jabatan Imigresen. Sistem ni la yg buatkan aku marah dan luahkan ketidakpuasan hati aku pada agen yg uruskan maid aku dulu. Sebabnya kosnya memang melambung.
Sangat melambung. Memang benarlah kini bermula tahun 2018, majikan boleh jimatkan hampir 50% kos-kos yg terlibat. Tapi polisi yg flip flop ni memang menjengkelkan. Berapa dah kerugian yg majikan termasuk aku alami.
Namun itu perkara yg lepas. Tetap bersyukur kerajaan revert kepada polisi lama ini. Lebih memudahkan majikan dan tak perlu melayan karenah agen yg sangapkan duit sahaja. Apa jadahnya konsultansi fee sampai RM 1,000.00. Doktor pakar pun xcaj sebanyak tu. Hantu betul!
Sunday, 8 October 2017
Belajar bersama anak
Next week minggu exam. Maka nak tak nak kita yang mak ayah ni terpaksa join belajar dan mengajar anak. Apa yg aku perhatikan silibus kanak-kanak sekarang memang advance. Mmg patutpun ramai mak ayah mengomel betapa sukarnya nak fahami kehendak subjek esp Matematik.
KBAT ni mmg betul2 mencabar minda aku. Rasanya dah sampai masanya utk concentrate mengajar anak2 di rumah. Jika tak follow up apa yg anak2 belajar di sekolah mmg akan sukar utk buat ulangkaji di saat akhir. 😅
Sunday, 24 September 2017
1 tips
Sebelum terlupa. Ada lg satu tips utk mereka yg tak pasti sama ada perlu lg buat FOMEMA utk maid jika hendak renew permit.
----Sekiranya maid kita dah nak masuk tahun ketiga bekerja dengan kita, maka tidak perlu lg FOMEMA. Pemeriksaan FOMEMA hanya utk tahun pertama dan kedua maid------
Itu saja.
Thursday, 21 September 2017
Selesai Urusan Permit Pembantu Rumah
Ada beberapa peringatan aku nak share jika pembaca juga ada maid di rumah. Tahu tak sekiranya maid telah memperbaharui passport tetapi permit masih dipassport lama tidak boleh bercuti luar negara atau masuk kembali ke Malaysia walaupun tempoh permit itu belum tamat?
Ini pelajaran baru yg aku dapat sejak dah lebih 6 tahun ada maid. Nak dijadikan cerita maid aku ni nak balik cuti ke kg halamannya di Acheh Hari Raya Aidil Adha yg lepas. So, apparently hujung bulan September ni permitnya mati. Tapi selepas berbincang dan dia bersetuju utk lanjutkan khidmatnya kepada famili aku setahun, aku perbaharui passportnya yg secara kebetulan pun mati 2017 ni. So syarat utk buat passport baru hendaklah passport tidak pendek tempoh kurang dari setahun.
Aku dah buatkan passportnya di Kedutaan Indonesia,KL. Azab juga la sebenarnya nak berurusan di sana sebab sgt ramai org Indonesia berurusan atas apa jua perkara dengan kedutaan mereka. So, selepas kita sign kontrak kerja yg perlu maid dan majikan sign dgn RM 1000 adalah gaji minimum dicop dan diperakui di Kedutaan barulah aku proceed buat passport baru. Tapi passport baru tu namapun baru takdela apa2 butiran keluar masuk maid ni lagi malah permit pun masih di passport lama.
Alkisahnya, selepas maid aku pulang ke Acheh, aku dah mula risau sebabnya waktu nak check in di KLIA2, Pegawai Imigresen dah maklumkan pada dia yg permit hendaklah ada pada passport yg hidup. Dalam kes aku ni, passport lama walaupun belum tamat lagi tapi dah digunting tepi menandakan xtervalid lg sebab ada passport baru.
Jenuhla maid aku tu call aku bgtau yg kauntet imigresen suruh dia bayar denda sebanyak RM 500. Tp aku katakan pada dia just balik kg dulu nnt seandainya dia balik ke Malaysia dan di tahan akan aku uruskan hal dengan imigresen.
Alhamdulillah yg dia tak ditahan walaupun isu passport permit tu ada masalah sket. Tp sebagai majikan, aku tetap buatkan permit dia. Sebabkan aku duduk Putrajaya, aku ke Imigresen awal pagi dan bgtau masalah aku tak dapat buat perbaharuan permit melalui MyEG. Aku diberitahu di kaunter pertanyaan Imigresen Putrajaya bahawa maid aku bernasib baik kerana masih dibenarkan masuk ke Malaysia, kebanyakan maid dengan masalah sebegini akan disuruh pulang kembali ke Indonesia atau negara asal.
Syukur, permitnya pun dah dibuat tanpa perlu lagi buat FOMEMA. Selesai tugas yang ini. Boleh fokus pada masalah yg lain pula. 🤣
Saturday, 16 September 2017
Lega
2 minggu setengah yg lepas memang saat-saat yang mencabar pada aku dan keluarga. Haha sebabnya maid nak balik bercuti raya haji sebelum continue kontrak kerja bersama keluarga aku.
Start cuti dari 30/8 sehingga 15/9 balik ke Acheh utk bercuti bersama keluarganya. Macam-macam dalam fikiran. Dia datang balik kah nanti? Dia xnak kerja lagi ke selepas berjanji? Mcm-mcm kekhuatiran dalam kepala aku ni. Tapi Alhamdulillah. Semuanya kembali seperti sedia kala. Maid aku dah pun kembali. Semua aktiviti boleh resume seperti biasa.
Cuma cuak jugak bila flight dia tadi delay hampir sejam lebih. 😋
Monday, 4 September 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
Disember 2017
Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...
-
Entri kali ni hanyalah untuk tambahkan follower di blog ini. Penulis rasa, sudah tiba masanya untuk kembangkan isi kandungan dalam blog ini...
-
Dalam proses untuk memohon loan untuk pembiayaan harta seperti rumah mahupun peribadi, anda seharusnya tahu akan kelayakan semasa anda sebel...
-
Entri ini dedikasi khas buat rakan-rakan blogger yang merupakan bakal penuntut atau mak dan ayah anak yang teringin untuk mengikuti Program...