Kawalan
Racun : The Pharmacist’s Role
Sekiranya anda seorang Pharmacist, ini adalah nasihat
yang sesuai untuk anda berkaitan kawalan racun. Walaupun kita diajar akta
berkenaan racun dan dadah. Tapi kadang kala kita terlupa apa yang kita belajar.
Betul tak? Kepada yang akan menduduki ujian forensik untuk lulus sebagai Ahli
Farmasi, berikut adalah info yang mungkin dapat membantu anda memahami tugas
dan peranan anda sebagai ‘yang arif’ berkaitan ubat-ubatan:
- Peranan utama seorang
pharmacist di dalam aspek kawalan racun adalah aktiviti pencegahan
(prevention).
- Tanggungjawab anda
yang paling mencabar adalah pada non-prescription
items (over the counter drugs or OTC).
- Pharmacist seharusnya
menyediakan, menjelaskan dan mengkuatkuasakan arahan penggunaan ubat
secara betul lebih-lebih lagi terhadap ubat yang ada bahan toksik.
- Mengutamakan kaedah
yang baik untuk menyedarkan pesakit tentang bahaya ubat dan sampaikan
semua maklumat selengkap-lengkapnya kepada pesakit.
- Wajar sekali membuat semakan
atau mengesan produk-produk yang bermasalah ataupun kelemahan label kepada
pengilang yang sepatutnya dan juga agensi regulatori.
- Membantu dalam
menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mengetahui maklumat ubat-ubatan
peribadi seperti pameran kempen ‘Kenali
Ubat Anda’ dan sebagainya.
Sumber : The Complete Solution, MIMS Pharmacy, 4th
edition 2011/2012. Thanks to drug rep yang selalu bagi aku buku-buku
rujukan kesihatan yang bagus. Boleh juga berkongsi dengan anda semua.
perkongsian yg berguno...tq
ReplyDeleteHarap dapat dimanfaatkan :)
Delete