Pernahkah anda menggunakan produk-produk kesihatan
yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba? Biasa bukan. Tidakkah anda terfikir
akan risiko dan bahaya yang mungkin dihidapi jika tiada atau kurangnya maklumat
berkenaan produk yang anda ambil itu. Berikut dikongsikan serba sedikit panduan
yang mungkin berguna untuk anda dan keluarga anda.
- Perlu berhati-hati dalam memilih sumber
ubat-ubatan anda.
Tumbuhan yang mempunyai khasiat untuk kesihatan atau
herba adalah tidak tertakluk kepada kawalan kerajaan atau Kementerian Kesihatan
sebagai ubat farmaseutikal. Oleh sebab itu, tiada jaminan terhadap keberkesanan
dan ketulenannya. Oleh sebab itu, ianya menjadi tanggungjawab anda sendiri
untuk menentukan jenama herba yang benar-benar boleh dipercayai.
2.
Pilih herba yang disediakan dalam bentuk yang paling
boleh dipercayai dan digunapakai.
Herba yang telah disejuk bekukan adalah disediakan
dengan menggunakan teknik untuk menghindari kerosakan atau hilangnya
keberkesanan. Herba yang kering, yang dijual dalam kuantiti yang banyak mungkin
akan hilang keberkesanannya akibat terdedah dengan udara.
- More
is not better (Lebih tidak semestinya bagus).
Bila anda mengambil herba mengikut dos yang
ditetapkan, ianya haruslah diikuti sebilang masa. Overdos produk herba adalah
sama seperti produk farmaseutikal yang lain.
- Pantau reaksi anda.
Sekiranya anda mengalami sebarang kesan alergik
selepas pengambilan herba, hendaklah berhenti dengan serta merta. Atau
sekiranga produk herba anda tidak mendatangkan sebarang kesan yang diinginkan,
hentikan juga. Not all remedies work for
everyone.
- Jangan ambil risiko (Take No Risk)
Jangan mencuba self-medication
untuk penyakit atau kecederaan yang serius. Berjumpalah dengan doctor anda atau
ke bilik rawatan kecemasan di hospital-hospital. Ibu-ibu mengandung dan menyusu
bayi, yang muda atau yang tua, dan mereka yang mengambil ubat-ubatan seharusnya
tidak mengambil herba tanpa persetujuan daripada pakar dan doctor anda.
No comments:
Post a Comment