Salam untuk semua. Shah Alam adalah sebuah bandar yang
paling aku minati. Aku tak mahu ada sikap bias hanya kerana aku belajar di UiTM
Shah Alam dulu. Cuma aku kena admit dalam diri aku, jika aku diberikan pilihan
dimana tempat untuk aku settle down
dengan keluarga, aku semestinya akan pilih Shah Alam.
![]() |
Masjid Shah Alam yang tersergam indah memang mendamaikan |
Bandar Manjung juga menjadi pilihan kerana pesat membangun
dengan kemudahan-kemudahan yang bakal dibina disini. Ini mungkin disebabkan
oleh Menteri Besar Perak kini adalah berasal daripada Pulau Pangkor. Harga
rumah dan tanah disini meningkat naik saban tahun dengan berlipat kali ganda. Ini
didorong oleh banyak perindustrian baru yang akan beroperasi disini seperti
Kilang Besi Terbesar di Asia yang kini sedang dalam pembinaan di Teluk Muroh,
Kenchana Petroleum yang terletak di Pelabuhan Lumut. Sememangnya bandar Seri
Manjung akan menjadi bandar yang menarik untuk didiami dan dihuni.
![]() |
Banyak tempat rekreasi bersama keluarga |
Tapi mengapa aku suka Shah Alam?
Ini hanyalah disebabkan oleh sistem di Shah Alam itu sendiri. Aku sukakan round
aboutnya, walaupun banyak, tapi ia membuatkan jalan anda tidak terhenti hanya
disebabkan trafic light. Aku sukakan suasananya yang bagi aku sudah matang
dengan pembangunan dan kemudahan. Kemudahan yang ada sudah optimum dengan
Pasaraya Beli Belah yang banyak dan boleh dipilih jika perlu. Sudah anda tempat
untuk menimba ilmu seperti Unisel, UiTM, MSU dan juga kolej-kolej lain.
![]() |
Sesuai untuk ibu bapa yang ada anak kecil |
Masjid Shah Alam memang
mengkagumkan aku. Aku suka lepak disitu. Hanya duduk sahaja dan melayan blues
sendiri pun sudah mendamaikan, belum lagi ditambah aktiviti berjogging di tasik
bersebelahan Masjid Shah Alam tersebut. Jika aku bekerja di Shah Alam dan hanya
tinggal di Shah Alam, aku tidak akan jemu. Tapi jika aku bekerja di KL dan
tinggal di Shah Alam, aku taknak sama sekali, lebih-lebih lagi nak mengharungi Federal Highway yang memenatkan mental
dan fizikal. For obvious reason, traffic
jam. Itu yang paling aku suka tentang KL.
Harga rumah di Shah Alam pun
meningkat naik. Rugi aku tak beli waktu aku student dulu. Dulu, seksyen 7
belakang pintu UiTM itu tidaklah maju seperti sekarang. Cuba lihat sekarang,
apa yang ada? Dengan i-City dan pusat-pusat komersial yang ada memang
membuatkan ianya satu tempat yang sempurna untuk didiami.
![]() |
Indah sungguh Tasik Shah Alam |
Cumanya, bilamana adanya
pembangunan, maka akan adanya cabaran membesarkan anak dari terlibat dengan
anasir-anasir yang negatif. Ini pun sesuatu yang patut dirisaukan oleh setiap
ibu bapa terutamanya. Bercampur pula dengan gejala sosial yang berleluasa kini.
Memang satu tanggungjawab besar dan berat untuk mendidik anak di dalam suasana
sebegini. Itu terpulang kepada individu itu sendiri.
Bandar
kegemaran anda pula bagaimana?
saya pun belajar kat uitm shah alam dulu..apa yang best adalah tempat makan yang banyak sangat pilihan..
ReplyDelete