Salam untuk semua. Minta maaf
sebab tidak mengemaskini blog ini 2-3 hari yang lepas. Ini adalah disebabkan saya mengikuti
Annual General Meeting Malaysia
Pharmaceutical Society (MPS) yang berlangsung pada 18-20 Mei di Holiday
Villa Resorts and Suite di Subang Jaya. Sememangnya ada ilmu yang akan saya
kongsikan kepada pembaca blog ini.
Berbalik kepada tajuk entri kali ini, betapa pentingkah bagi
anda mengetahui kesahihan sumber halal dan haram bagi ubat-ubatan yang anda
mahupun keluarga anda ambil? Ada
yang merasakan ianya tidak penting kerana sekiranya anda mengetahuinya, anda
mungkin berasa sangat marah dan tidak mahu terjerumus kepada persoalan halal
haram ubat tadi. Ada
yang merasakan ianya penting kerana untuk menjadi mukmin sejati perlulah
meneliti sumber makanan yang diambil adalah halal. Ini termasuklah ubat-ubatan.
![]() |
Pentingkah bagi anda mengetahui halal haram ubat anda? |
Sahabat saya, penulis buku HALALKAH UBAT ANDA? telahpun menghantar senaskah buku ini untuk
penelitian dan pembacaan saya. Ini adalah kerana amat jarang buku-buku ilmiah
dipasaran menceritakan perihal halal dan haram sesuatu ubat-ubatan itu. Setelah
membelek isi kandungan buku ini, adalah didapati bahawa buku ini amatlah perlu
dimiliki oleh komuniti Islam terutamanya supaya konsep halal dan haram dalam
perubatan dapat benar-benar difahami dan dijadikan panduan.
Apa perasaan anda sekiranya seorang doctor muslim datang kepada
anda dan memberitahu bahawa ubat yang akan diberikan kepada ayah anda
mengandungi unsur-unsur babi? Ataupun, hospital tempat rawatan ayah anda hanya
memiliki ubat yang sememangnya ada unsur babi? Anda tentunya berasa keliru,
geram, tidak adil mahupun tertekan bukan?. Itulah yang dialami oleh kebanyakkan
masyarakat Islam di luar sana .
Disebabkan hokum hakam halal haram ini, maka bermulalah tekanan perasaan
diantara untuk menyelamatkan nyawa dan tuntutan agama.
![]() |
Sekadar gambar hiasan |
Disinilah pentingnya untuk anda mengetahui sumber halal dan
haram sesuatu ubat yang anda ambil itu. Kadang kala gelatin yang anda makan
tidak mengandungi unsur babi dan kadang kala ada unsur babi. Oleh sebab itu,
saya tekankan sekali lagi disini bahawa buku HALALKAH UBAT ANDA? ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam di
luar sana .
Adalah amat menyedihkan sekiranya kita hanya berlumba-lumba
mengejar ilmu dunia sedangkan ilmu berkenaan perihal akhirat dipandang sepi dan
sebelah mata sahaja. Jika boleh, jangan ada yang mengungkit langsung. Setuju
dengan kenyataan saya ini?. Itulah maklumbalas ‘rasmi’ kita jika diajukan
isu-isu melibatkan keagamaan. Dengan harga buku ini hanya RM 39.90 dapat
membantu anda membuat keputusan jika perkara ini terjadi pada diri anda dan
keluarga anda.
Anda fikir-fikirkanlah. Semoga
diri kita dilindungi dan dirahmati daripadaNYA. ‘Sampai-sampaikan perkara yang
baik itu walaupun hanya sepotong ayat’
p/s: Sekiranya anda ingin
mengetahui bagaimana untuk memiliki buku ini, sila layari website ini - www.halalscience.com
semestinya bagus buku ni, buat masa ni memang terhad maklumat ubat halal macam ni.
ReplyDeleteYup, memang agak terhad
Deleteassalamualaikum..pendapat saya..nak tak nak, kita terpaksa mengambil ubtan tersebut.Untuk menyelamatkn nyawa..Smemangnya bagi mereka yang benar2 menjaga halal n haram, akan berfikir 2, 3 kali utk mngambilnya. Namun, dlm Islam masih ada rukhsah. Disini, bermulalah peranan kita sebagai umat Islam untuk mencipta ubatan yang HALAL dari segi pelbagai aspek..;) Wallahualam..(: Sekadar berkongsi..
ReplyDeleteYup, itulah fardhu kifayah yang dituntut
Deletebagus ni. ramai yang maih tak tahu.
ReplyDeleteYup, kena sebar-sebarkan
Delete