Salam untuk semua. Salah satu daya tarikan negeri Perak adalah kawasan-kawasan pelancongannya yang eksotik. Eksotik maksudnya disini adalah seperti di hutan belantara contohnya Royal Belum dan ada juga di tanah pertanian Felda seperti Hot Spring Residency, Sungkai. Ianya terletak di tanah pertanian Felda yang telah dikenal pasti mempunyai nilai komersial pelancongan. Kerana apa? Adanya mata air panas yang semulajadi di kawasan ini.
Baru-baru ini aku telah memenangi sebuah peraduan daripada Majalah Santai dan hadiahnya adalah penginapan percuma 2 hari satu malam di Hot Spring Residency, Sungkai. Oleh kerana rumahku di Manjung, maka perjalanan ke sini hanya mengambil masa tidak sampai 2 jam. Agak convenient untuk pergi bercuti melepaskan lelah bekerja.
Harga bilik di sini tidaklah begitu mahal. Hanya RM 18+ lebih dan mungkin anda boleh dapat lebi murah daripada Groupon dan agensi yang seangkatan dengannya. Banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan disini antaranya:-
 |
Bilik hotel yang sangat luas dan selesa. Sangat berpatutan dengan harga. |
 |
Warm up sebelum berendam dalam air panas |
 |
Bersama puteriku Aliya |
 |
Fun time with Quack |
 |
Rebus telur. |
 |
Cafeteria yang sangat sedap dengan landskap menarik |
 |
Telur boleh dibawa sendiri ataupun dibeli di kaunter |
 |
Boleh ke SPA jika berminat |
 |
Wife dan anak |
So, datanglah melancong ke Perak sempena Tahun Melawat Perak. Kompem anda takkan rugi. :)
No comments:
Post a Comment