Lazada MY

Saturday, 5 May 2012

Tahniah dan Terima Kasih Astro


Salam untuk semua. Seperti yang anda sedia maklum, Astro telahpun memenangi anugerah Putra yang diberikan sempena jenama pilihan rakyat negara ini. Ini membuktikan bahawa Astro berada dalam landasan yang tepat untuk menyajikan paparan dan kandungan yang menarik dalam saluran berbayarnya.

Bersempena dengan penganugerahan itu, pihak Astro dengan baik hatinya memberi peluang untuk pelanggannya menikmati 130 saluran secara percuma selama 10 hari. Memang agak menarik kerana dapat juga melihat saluran-saluran seperti FOX Movie premium, HBO, Max dan sebagainya.

Kesempatan ini memang aku gunakan sebaik mungkin untuk lihat movie yang disajikan. Dan untuk itu, aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih kerana memberi peluang kepada pelanggan menikmati saluran yang lain secara percuma. Kalau boleh, turunkan sket caj anda lagi baik dan disokong. Hehe

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...