Salam untuk semua pembaca blog ini. Jika anda seorang kaki bola seperti aku, rasanya sudah tentu anda sudah mengetahui juara-juara dalam liga-liga yang ada di Eropah. Jika di Spain, Juara La Liga adalah Real Madrid, jika di German, juara Bundesliga adalah Borrussia Dortmund; jika di England, juara Barclays Premier League adalah Manchester City. Aku sudah semestinya kecewa kerana Manchester United kalah dengan hanya perbezaan jumlah jaringan. Tetapi mungkin ada hikmahnya. Itu yang membuatkan BPL adalah liga yang paling sukar dan menarik untuk ditonton.
![]() |
Maskot warna bendera negara penganjur |
Selepas ini apa? Sudah tentunya peminat bola sepak mula membincangkan Kejohanan Piala Eropah yang bakal berlangsung dalam beberapa hari lagi. Ada yang mula mencongak-congak siapakah yang bakal bergelar juara. Jika siri yang sebelumnya Spain atau Sepanyol merupakan juara, kali ini negera mana pula ya? Apa pilihan anda?
![]() |
Jadual kejohanan |
Aku seperti biasa akan memilih England. Walaupun aku tahu yang England takkan memenanginya. Hahaha. Kita tunggu dan lihat sahaja Jun 12 nanti.
p/s : Bersiap sedia untuk sekali lagi makan, tdo, mandi, minum bola.
Go German go! haha
ReplyDeleteYup, German go go go!
Delete