Salam untuk semua. Diharap agar semua yang membaca blog ini
gembira menjalani kehidupan seharian. Kadang-kadang kita akan berasa kecewa
dengan kehidupan. Tetapi adakah kita wajar untuk berasa kecewa sedangkan apa
yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Tuhan memang telah merencanakan corak
hidup kita sebagai insan. Tetapi sudah tentu dia tidak akan mengecewakan
hambanya melainkan hambanya sendiri yang mengecewakan diri mereka sendiri. Kadang-kadang,
apa yang berlaku disekeliling kita membuatkan kita lebih dekat dengan-NYA. Cuma,
kita haruslah rajin mencari kebesaran ilahi yang ada disekeliling kita. Hidup
perlukan pemerhatian, hidup perlukan penghayatan dan hidup perlukan
pengorbanan.
Wow, aktiviti yang bakal aku sertai untuk menghayati hidup
ini adalah Putrajaya Urban Adventure Challenge 2012 yang bakal diadakan pada 3
Jun (Ahad) ini. Bukan hanya ingin menguji ketahanan fizikal tetapi ingin
menghayati erti nikmat hidup ini. Cabaran ini terbuka kepada mereka yang
berminat dan berusia lebih 18 tahun ke atas. Ada kategori
Mixed Open dan Men Open, Media dan juga University/College. Yuran penyertaan
adalah sebanyak RM 150 untuk satu tim yang mestilah terdiri daripada 2 orang
ahli. Jika nak difikirkan, ianya memang murah.
![]() |
Borang penyertaan PUAC 2012 |
Idea nak menyertai cabaran ini
datang dari kawan lama aku yang kini bertugas sebagai pensyarah di Fakulti
Farmasi, UiTM. Sudah lama tidak berjumpa dengan sahabat ini yang pernah sebilik
dengan aku selama hampir 3 tahun di rumah sewa kami di Shah Alam ketika alam
universiti. Kini, masing-masing membawa haluan sendiri, aku bekerja dengan ATM
dan dia bersama UiTM. Sahabat aku ini telahpun mempunyai segulung Ijazah
Lanjutan dari sebuah universiti di Australia. Jika ada rezeki aku, mungkin aku
juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke Australia seperti yang aku pernah
ceritakan di entri ini.
![]() |
1st Batch Pharmacist from UiTM |
Ya, bila kita mengenangkan
saat-saat sewaktu kita belajar, terasa rindu untuk kembali ke alam itu. Tetapi
bila kita menginjak dewasa, matlamat dan hala tuju akan berubah mengikut
takdir-NYA. Yang paling penting, semoga setiap persahabatan yang terjalin
sewaktu alam persekolahan dapat dikekalkan. Ia bukannya seperti yang
kebanyakkan kita fikir, selepas alam persekolahan, masing-masing akan lupakan
jalinan persahabatan. Ia lebih kepada matlamat kehidupan yang berubah dengan
tanggungjawab yang berbeza. Tapi, kenangan dan memori itu masih segar dalam
ingatan. Bila peluangnya tiba dan betul, maka anda boleh kenang kembali
kenangan itu seperti yang aku akan lakukan pada 3 Jun nanti.
p/s: Antara acara yang terlibat
adalah larian sejauh 8 km, berbasikal (dengan tayar semi off road) sejauh 33
km, berkayak sejauh 1 km, berenang sejauh 100m dan biathlon sejauh 3 km. Untuk
maklumat lanjut, layari website ini. Penyertaan akan ditutup pada 30 Mei 2012. Harap
maklum.
Terima kasih sahabat atas berbagi pengetahuan dan juga informasinya ini.
ReplyDeleteSalam kenal dan salam persahabatan dari Indonesia
Salam kenal juga dari Malaysia :)
DeleteMudahan bro pun berpeluang melanjutkan pelajaran seperti kawan bro.
ReplyDeleteInsyaAllah sifu DH. Harapannya memang begitu. Tapi tawakal kepadaNYA
Delete