Lazada MY

Thursday, 24 May 2012

Isteri telah disahkan mengandung

Alhamdulillah, rezeki daripada yang maha esa untuk aku dan isteri. Petang tadi, balik daripada kerja isteri memaklumkan perkhabaran gembira yang mengesahkan kehamilan isteri. Jika tiada aral melintang, aku dan isteri bakal menimang cahaya mata yang kedua diawal tahun hadapan. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.

Isteri dan Aliya

Tiada apa yang aku boleh gambarkan perasaan gembira aku setelah mengetahui isteri hamil untuk kali kedua. Sungguhpun ini adalah satu nikmat daripadaNYA, aku berasa rendah diri kerana aku faham akan ujian-ujian yang akan diberikanNYA nanti. Walaupun ini adalah perkhabaran gembira, tapi ianya adalah satu ujian kepada kami sekeluarga. Semoga semua urusanku dipermudahkan dan diberi petunjuk daripadaNYA.

Semoga isteri sihat senantiasa dan dipermudahkan segala urusannya. Alhamdulillah. Aliya bakal mendapat adik. InsyaAllah.

2 comments:

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...