Pernah makan di Fish Market
Manhanttan? Ini adalah pengalaman aku yang pertama. Ingat lagi entri ini yang
aku katakan aku ada dinner dengan ATILIA? Haha, aku cancelkan dinner aku dengan
ATILIA sebaliknya aku dan famili bergerak ke Sunway Piramid untuk bersuka ria
dan makan-makan.
![]() |
Memang terbaik Spagetti malam tu |
Aliya Nuha sudah tentu dengan
tempat permainan yang sememangnya dia suka. Aku dan isteri lebih kepada mencari
tempat makan yang sesuai dan terbaik. Oleh kerana isteri mengamdung dan mungkin
juga mengidam, isteri suggest yang kami perlu makan di Fish Market Manhanttan. Aku
tidak pernah jejak restoran ini, wife mungkin sudah berkali-kali.
![]() |
Bila nak main ni ayah, itu jela yang ditanya setiap kali |
Apa yang boleh aku katakan yang
makanan di sini sangat sedap. Memang tidak pernah aku rasa di tempat lain.
Walaupun ala wertern, tapi ada juga hidangan yang ala-ala asam pedas, menurut
isteri aku la. Rasanya saje seperti asam pedas, Cuma cara dia grill dan masak
tidak sama.
Apa lagi yang boleh aku katakan
selain Alhamdulillah. Kenyang perut aku malam tu.
p/s: Feedback yang aku terima
untuk Dinner bersama Atilia itu tidak seperti yang diharapkan. Ramai yang kata
masakan dan servis pada malam tersebut di Holiday Villa Subang Jaya kureng. Hmm..
No comments:
Post a Comment