Aktiviti bersukan memang boleh
menyihatkan badan. Atas dasar itu, aku suka bersukan. Bukannya apa, bila dah
berkahwin dan bergelar ayah, sumpahan perut ke depan akan berlaku jika tak
melakukan sesuatu untuk mencegahnya. Haha.
Nasib baik hospital aku ada
menganjurkan Kejohanan Sukan Mini Intra Kor KKD Tahun 2012 yang julung kali
diadakan di Pangkalan TLDM. Walaupun jumlah sukan yang dianjurkan hanyalah 5
iaitu Futsal, Bola Tampar, Lari berganti-ganti, Boling dan Golf. Ianya sedikit
sebanyak dapat mengeratkan ikatan persahabatan di antara peserta yang
menyertainya.
![]() |
Johan Tenpin Boling |
![]() |
Johan Futsal |
Oleh sebab tiada wakil pegawai
yang mencukupi di hospital aku, aku dipaksa join game Futsal, Bola tampar dan
Boling. Memang minat aku pada boling sebenarnya. Futsal tidaklah hebat sangat, Cuma
jarang dapat bermain futsal. Kali terakhir pun time zaman belajar dulu di Shah
Alam. Bola Tampar pun begitu. Tapi Alhamdulillah, aku dapat jadi johan untuk
game Futsal dan Boling. Gangsa untuk Bola Tampar. Not Bad eh. hehe
No comments:
Post a Comment