Salam untuk semua. Korang pernah
sertai mana-mana aktiviti sukan lasak tak? 3 Jun 2012 yang lepas merupakan
detik sejarah dalam hidup aku. Boleh dikatakan ini adalah kali pertama aku
sertai aktiviti sukan lasak berpasukan yang dianjurkan oleh Perbadanan
Putrajaya dan Tuah Adventure Sdn. Bhd selaku organiser. Mula-mula agak kekok
jugak, yerla semua peserta kebanyakkan pernah ada pengalaman dalam aktiviti mcm
ni. Cuma aku yang dalam kategori ’baru’.
Tak boleh kata apa-apa kalau
korang tak sertai aktiviti ini. Bila dah join baru boleh sembang mcm mana rasa.
Rasa menyesal ada, rasa seronok ada, rasa ’feel’ pun ada. Mcm2 ada. Pendekkan
cerita aku dan basikal aku bergerak ke Puncak Alam untuk jumpa kawan aku yang
juga pensyarah di Fakulti Farmasi di UiTM. Kalau nak dibandingkan aku dan dia,
aku rasa dia lagi expert dalam bab-bab sukan mcm ni.
3 Jun adalah hari Ahad. Game
dimulakan pada jam 8.00 pagi. Berlari sejauh 8 km, berbasikal sejauh 33 km,
biathlon 3 km, berkayak 1 km, berenang 150 m dan hiking aku pun tak pasti
tinggi bukit tu. Penat memang penat. Tapi berbaloi jika anda dapat tamatkan
semua disiplin yang terlibat.
Penat bukan kepalang |
Perasaan aku ketika sampai ke
garisan penamat adalah sangat penat dan bangga pada diri sendiri. Bukan nak
menang pun. Sebab aku bukannya pro dalam sukan ni. Just suka-suka jumpa member
lama dan buat aktiviti bersama. Itu je. Lagipun dengan yuran penyertaan
serendah RM 75 seorang amat murah bagi aku. Lihat sahaja goodies yang setiap
peserta dapat. Voucher pemeriksaan kesihatan di lab BP pun dah mencecah hampir
RM 300 ditambah lagi dengan voucher pakaian X2U bernilai RM 100. Dapat
Sunblock, dapat minuman dan makanan penambah tenaga dan sebagainya. Memang
berbaloi.
Aksi Cliche |
Tapi yang paling priceless
adalah perasaan ketika anda melepasi garisan penamat dan dapat ’finisher medal’.
Itu memang saat yang terbaik. Putrajaya sangat best. Track Mountain bike yang
sangat best dengan panorama yang cantik. Aku puji organiser yang mantap dalam
buat persiapan untuk PUAC 2012 yang lepas. Akan datang jika ada lagi memang aku
nak join. Jom!
No comments:
Post a Comment