Apakah itu KPI? Anda biasa dengar bukan. Sekarang bukan
sahaja diimplemen di organisasi kerajaan malah telah lama dilaksanakan di
organisasi swasta terutamanya yang melibatkan keuntungan.
Tetapi berapa ramai yang benar-benar faham akan kepentingan
KPI ini. Hatta yang bekerja di dalam sector awam ramai yang tidak begitu
memahami makna sebenar KPI. Ramai yang terkeliru antara KPI dengan KRI (Key
Result Indicator) dan juga PI (Performance Indicator). Ramai juga yang tidak
ambil peduli dan anggap perkara ini adalah urusan pentadbir dan juga
pengurusan. Memang ya ianya urusan pentadbir dan pengurusan, tetapi kita yang
bekerja didalam sistem ini mempunyai tanggungjawab untuk benar-benar memahami
intipati petunjuk ini demi mencapai cita-cita membina negara maju menjelang
tahun 2020.
Sebenarnya, banyak organisasi
yang membuat kesilapan dalam menentukan KPI mereka. Ini menyebabkan mereka
tidak dapat mencapai sasaran yang telah dibuat. Oleh sebab itu, pelaksanaan KPI
ini menjadi bebanan dan bukannya batu loncatan untuk menjana lebih keuntungan
dan kepuasan. Di sektor swasta, pelaksanaan KPI dapat meningkatkan keuntungan
berbanding di sektor swasta yang ’keuntungan’ sering digambarkan sebagai
kepuasan pelanggan.
Sebenarnya terdapat 3 jenis
pengukuran prestasi iaitu:-
- KRI (Key Result Indicators) – ia adalah penentu
yang memberitahu anda apa yang anda telah laksanakan.
- PI (Performance Indicators) – ia adalah penentu
apa yang perlu anda laksanakan.
- KPI (Key Performance Indicators) – ia adalah
penentu apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai sasaran dengan drastik
dan dramatik.
Perbandingan ’kulit bawang’
sering dipersembahkan untuk merumuskan perhubungan diantara KRI/PI/KPI.
Ok cukup setakat ini dulu. Tak
boleh lebih-lebih dalam mempelajari ilmu pengurusan peringkat tertinggi ini.
Nanti hilang minat dan bosan cepat datang. Entri ini akan dibuat bersiri, untuk
kefahaman anda semua.
ehh baru tau mcm nie. kat company guna KPI. Tp sejak ada KPI nie sgt xbest...gaji, bonus seme depends pd KPI..dulu berdasarkan team, skrg individual
ReplyDeleteBiasala tu jika bekerja di syarikat swasta.
Delete