Pernah tak korang terfikir tentang ini. Ada ramai blogger yang bersikap atau
berpandangan ‘skeptics’ teradap penjawat awam. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.
Dimanakah salahnya? Adakah semua penjawat awam itu sendiri yang selalunya
bersikap seperti yang didakwa. Sambil lewa dan tidak proaktif ketika
melaksanakan tugas.
Itu antara luahan blogger terhadap tahap perkhidmatan
kakitangan awam atau kerajaan. Jika mereka berurusan di kaunter, jika kehendak
mereka tidak dipenuhi akan ada sahaja rungutan diluahkan dalam blog mereka. Sememangnya
kakitangan tidak terlepas daripada buruk salah laku dan sikap tidak
professional. Adakah semua kakitangan awam sebegitu? Itu yang aku cuba nak sampaikan.
Panas hati juga bila mereka ‘generalise’ kan ‘kesilapan’
sesetengah kakitangan awam itu kepada ‘semua’ yang berkerja dengan kerajaan. Even
ada yang mempersoalkan program-program dan pelan transformasi yang dilaksanakan
oleh kerajaan. Bersikap seperti seolah-olah pengkritik berintelek ini adalah
sikap mereka. Sedangkan mereka sendiri tidak memahami apa yang mereka kritikan.
Sebelum ‘menghentam’ pelan transformasi kerajaan, belajar dan cuba faham apa
yang hendak dicapai dengan program-program dan pelan-pelan tersebut.
Pada aku, kita semua saling
berhubung kait. Sama ada kau sokong parti haluan kiri atau parti haluan kanan. Even
yang atas pagar pun berkait sama. Bagaimana? Contohnya kau kerja swasta dan
menganggap pekerjaan di swasta lebih mendidik anda menjadi lebih professional
dan proaktif, mungkin betul. Tapi tidakkah anda sedar yang kelangsungan
syarikat atau majikan swasta adalah berhubung kait dengan kemakmuran negara
secara tidak langsung atau secara langsung dengan mendapat sokongan kerajaan.
Jika kita hanya tahu bersikap
terlalu kritikal terhadap sesuatu perkara sehinggakan habit menyalahkan pihak
lain tanpa melihat kepada kelemahan diri sendiri adalah sesuatu yang amat
merugikan. Satu jari tunding kepada kerajaan tanpa disedari yang lagi 4 jari
kepada diri sendiri. Mengkritik memang mudah, tetapi jika anda ditempat mereka
yang anda kritik, maka anda akan rasa betapa payahnya menjadi mereka.
Mereka dan anda adalah makhluk
tuhan yang perlukan kerjasama simbiosis. Tanpa mereka, anda pun tidak lengkap.
Vice versa. Seperti konsep Ying dan Yang, Baik dan Jahat, Pandai dan Bodoh dan
juga perbezaan-perbezaan yang lain. Sama ada anda hendak atau tidak, anda perlu
tinggal di dalam dunia ini yang sebegitu. Jika anda ingin mengubahnya pun,
buatlah secara berhikmah. Tak usah cetuskan kebencian, api kemarahan, rusuhan
dan sebagainya.
Perlu hormat setiap insan
didunia ini. Jika tidak hormat jawatan dan portfolionya, at least hormatlah
mereka kerana mereka sama seperti anda yang dijadikan tuhan daripada tanah. Sama
sahaja. Anda dan mereka. Sila unplugged diri anda daripada matrix yang anda
cipta sendiri.
No comments:
Post a Comment