Tidak ramai antara kita yang
mengucapkan terima kasih kepada orang-orang disekeliling kita. Tidak ramai yang
menunjukkan penghargaan kepada mereka-mereka yang banyak menolong kita samaada
secara sedar ataupun tidak sedar. Ada diantara kita yang hanya tahu membebel
dan mengutuk kelemahan orang lain.
Cuba kita fikir sejenak, mengapa
kita masih hidup dan diberi peluang untuk buat benda yang sama setiap
hari?Tidakkah kita bosan dengan kehidupan yang sebegini? Saya biarkan anda
memikirkan jawapannya. Hanya anda yang tahu dan tak usah beritahu saya.
Hidup di KL memang amat ‛menyesakkan’.
Hidup dengan penuh dugaan, cabaran dan mencabar kesabaran. Bayangkan satu hari
anda terbangun lambat dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas?. Anda lambat ke
pejabat, anda mula tidak tentu hala dalam kenderaan. Asal ada kenderaan lain
yang menjengkelkan anda, cepat sahaja anda tekan hon dan mula marah-marah. Anda
mula mencarut bila penunggang motosikal mencelah-celah kenderaan anda dan
terlanggar cermin sisi kereta anda. Penuh tekanan bukan, itu belum lagi anda
dimarahi dengan bos sebab kelewatan anda. Dan ditambah dengan kerja yang
bertimbun-timbun di atas meja anda. Arghh!! Stress bukan?
Itula lumrah hidup di KL. Ini
adalah ‛lumrah’. Iaitu perkara biasa anda hadapi setiap hari. Ada yang sudah
sebati dan tidak kisah dengan hidup sebegini. Ada yang tidak boleh terima dan
sebagainya. Anda boleh mengubah tingkah laku anda dengan hanya ucapkan terima
kasih.
Bila bangun dari tidur, ucapkan
Alhamdulillah tanda terima kasih dan syukur anda kepada tuhan sebab
dibangkitkan dan diberi peluang sekali lagi untuk memperbetulkan kesilapan
semalam. Keluar rumah dan terus ke pejabat. Jika anda menaiki bas dan LRT,
ucapkan terima kasih kepada pemandu dan pekerja operasinya. Sebab tanpa mereka,
anda lagi lambat ke pejabat. Jika anda bangun jam 6 pagi untuk bersiap-siap ke
tempat kerja, bayangkan jam berapa mereka bangun untuk siapkan ‛kenderaan’ anda.
Bayangkan hidup anda tanpa mereka dan kemudahan.
Sampai sahaja ke tempat kerja,
anda parking kereta anda di tempat letak kereta. Anda bayar dan ucapkan terima
kasih kerana mereka menjaga kereta anda. Sekiranya tiada tempat parking, anda
letak kereta dan biarkan kunci pada mereka, mereka yang akan masukkan kereta
anda pada tempatnya sekiranya ada ruang nanti. Tanpa mereka, satu keje anda nak
pusing-pusing cari tempat parking. Walaupun anda bayar, anda perlu ucapkan
terima kasih. Tak perlu ego hanya sebab anda bayar, andalah bos. Hidup di dunia
realiti tidak semudah itu.
Bila anda masuk ke pejabat, anda
disapa oleh rakan sekerja anda. Mereka ucapkan salam sejahtera seperti semalam.
Tidak salah anda ucapkan terima kasih. Mereka mendoakan anda setiap hari. Dan
mereka masih tetap setia menempuh hidup yang sama ini hari-hari dengan anda. Adakah
anda perasan perkara ini?
Habis sahaja waktu kerja, anda
dapati kereta anda selamat, bas dan LRT yang anda naiki tepat pada masanya. Dan
anda pulang ke rumah bergembira bersama keluarga. Ucaplah terima
kasih walaupun anda di dalam tekanan. Mesti akan ada rasa kelegaan di hati anda
nanti. Cubalah!
I feel you. :)
ReplyDelete