Pulau Orang Utan |
Pulau Orang Utan adalah destinasi wajib yang mesti anda
pergi sekiranya bercuti ke Bukit Merah LakeTown Resort. Mengapa saya kata
begitu, ia dapat mengajar anda erti kepentingan conservation untuk mengelakkan
Orang Utan pupus di masa depan. Mungkin ianya tidak penting bagi anda, tapi
bagi generasi depan adalah sangat penting.
Antara kerjasama dengan universiti yang dijalankan |
Kita perlu bersama-sama mengelak dari pupusnya Orang Utan di
Malaysia ini. Ia sama penting seperti kita mengkaji haiwan dinosaur yang telah
pupus jutaan tahun yang lampau. Pemeliharaan Orang Utan di sini sangat
bersistem dan terurus. Daripada bantuan perubatan sehinggakan proses kembalikan
Orang Utan ini ke tempat asal mereka iaitu Sarawak .
Bergayut je la kerjanya |
Melihatkan kegigihan petugas perawatan, renjer dan doktor veterinar
disini amat mengkagumkan dan inspiring.
Tidak ramai yang sanggup bekerja seperti mereka bersama-sama Orang Utan dan
tinggal di pulau ini untuk menjaganya. Sangat mengkagumkan dengan semangat dan
kesungguhan yang mereka tunjukkan.
Tunjang kejayaan konservasi Orang Utan di sini |
Pulau ini mempunyai lebih kurang 24 ekor Orang Utan yang
berbeza-beza umur dan jantina. Kelakar dan lucu bila mendapat tahu ada Orang
Utan yang gilakan perhatian daripada manusia and indeed, it’s very true. Namanya
Adam. Dimana sahaja anda pergi dia akan ikut dan tunjukkan aksi-aksi
terhebatnya. Pelbagai karakter mereka jika diperhatikan. Mereka mempunyai 98%
DNA seperti manusia, 2% adalah peti suara mereka yang lain dari manusia. Ini
maklumat yang diberitahu.
Jika lihat daripada kerjasama yang terjalin antara Pulau
Orang Utan dan universiti tempatan dan luar negara, inisiatif konservasi Orang
Utan seakan berjaya dan wajar dipuji. Dari pemerhatian aku, Orang Utan disini
dijaga dengan baik, cukup makan dan perhatian. Kandangnya yang bersih dan
terjaga dengan baik.
Petugas yang sangat dedikasi di Nurseri |
Satu tim perubatan yang diketuai oleh seorang Pakar Bedah
Veterinar adalah satu langkah yang baik. Aku puji inisiatif ini. So, bersamalah kita membantu agar usaha
mengelakkan Orang Utan daripada pupus dari Malaysia ini berjaya. Good Job to
Yayasan EmKay dan sumbangan orang ramai yang membiayai usaha ini. Semoga tuhan
mengurniakan pahala dan ganjaran buat kalian.
tak pernah tengok orang utan secara live,,asyik kat tv jer..
ReplyDeleteDah boleh datang sini untuk lihat yg real punya. Jom Melawat Perak!
Delete