Lazada MY

Thursday, 26 July 2012

Kena PAU dengan budak sekolah di Danau Kota

Salam untuk semua,

Entri kali ni berkisarkan dengan pengalaman yang baru aku lalui tadi. Tadi pada jam 11.30 mlm aku keluar ke Petronas Danau Kota untuk beli Top Up Prepaid Celcom (org lain dah pakai line dah bang) dan beli Nescafe Original untuk minum malam. Macam biasa la, area situ memang sesak lebih2 lagi waktu 'Uptown' ada. 

Aku parking kereta di Petronas tersebut (sekejap je kot, tak sampai 10 minit). Lepas reload handphone usang aku Sony Ericsson  S312 (org lain dah pakai smartphone bang), aku terus ke kereta aku. Macam biasa aku start enjin dan terus nak blah dari situ, tanpa aku duga, cermin kereta aku diketuk. Mulanya aku tak perasan sebab berhati-hati nak lepaskan kereta dari keadaan sesak disitu. Aku ternampak budak baya tingkatan 2 or 3 menunggu aku turunkan cermin kereta aku. Bila aku turunkan cermin, budak tu minta aku bayar duit parking.

' Bang, bayar duit parking bang, RM3' sambil mata budak tu tak berani tentang mata aku. Ada rasa takut-takut dalam diri budak tu. Sori la beb, aku ada belajar psikologi tingkah laku manusia, aku tahu budak tu rasa 'salah'.

'Kena bayar ke dik, biasa tak pernah pulak kena bayar' - aku tanya

'Kena bayar bang, kereta abg saya tengok2kan tadi' - dia kata dengan nada agak tinggi, mesti taknak aku tanya macam2. Aku tau.

'Aku tak suruh pun ko tengok2kan kereta aku, aku taula kereta aku cap 1Malaysia je' - dalam hati aku

Sebab malas nak ber'sembang' panjang, aku amik coin 10 sen, kira cukup2 RM3 baru aku bagi kat budak tu. Annoyingkan budak tu dengan syiling. Dalam hati aku, aku ikhlas kan je la.

Persoalannya:

1. Memang parking kat Petronas Danau Kota tu kena bayar ker? Budak tu pakai T-shirt selebet je, tiada uniform khusus untuk penjaga parking kalau ianya betul.
2. Mengapa budah melayu tu meminta duit dengan cara begini?Tak malu ker, tak takut salah ker?
3. Adakah budak melayu tu malas nak bekerja atau nak cari jalan mudah untuk dapatkan wang?
4. Apakah sebab budak melayu tu berbuat begitu? Famili tak mampu bagi duit? Ketagih nak beli rokok duit takde? Or saja nak PAU orang-orang dan ambil kesempatan terhadap mereka.

Pandangan aku:

1. Budak melayu ni nampak gaya nak ambil jalan mudah. Taknak bekerja secara halal. 
2. Sepatutnya dengan umur sebaya macam dia, jam 12 malam bukan duduk diluar rumah, kena ada dirumah (orang dewasa macam aku takpela, he he he).
3. Pengaruh kawan-kawan je semua ni. Nak tunjuk lagak konon macam taiko kawasan tu la.
4. Next time kalau jumpa aku lagi, aku bawa ke Bukit Aman. Kecik-kecik taknak belajar, nak hidup senang je. Nasib ko tu Melayu, sebangsa ngan aku. Kalau x, dah lama dah.....

Pengajaran:

Berhati-hatilah kepada semua yang berkunjung ke Uptown Danau Kota lebih-lebih lagi perempuan.

12 comments:

  1. pernah gi situ malam - malam ngan member2 , tak nak gi dahhh , heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaks, boleh je pergi lagi, cuma kena hati2 la

      Delete
  2. Kalau tak kasi dia marah tah? Tapipempuan kalau mask keta kena cepat cepat kunci keta...jgn turun tingkap. Kalau nak turun pun bukak sikit. Tapi lg bagus, kalauntaknturunkan langsung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa dia marah, sebab biasalah, org yg bersalah bila ditanya bertubi2 mesti dia tak selesa. Dan bila nak tegaskan dia 'benar' dia akan tend untuk meninggi suara. Hati2 la. Walaupun budak remaja, we never know what they can do.

      Delete
  3. kesian mak bapak budak tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula pasal, jika dia perlukan duit tu sebab nak bantu ibu bapa takpela jangan gunakan untuk diri sendiri

      Delete
  4. macam2 tektik ada. kalau betul2 jaga parking oklah juga

    ReplyDelete
  5. faktor fmly jugak nie..kurang kseh sygg, hee :)

    ReplyDelete
  6. mmg kena bayar la . aku thu la aku yg jage kat situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kawasan petronas dik, mana kena bayar. Lagipun saya pergi beli barang kat Kedai Mesra tu kot. bukan p parking lepak kat danau kota. ada beza tu

      Delete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...