Lazada MY

Thursday, 26 July 2012

Teknologi semakin canggih, manusia makin menyendiri

Kesian aku tengok manusia-manusia yang asyik melihat smartphone ataupun tab mereka. Bukannya apa, teknologi sememangnya baik untuk diri kita tapi ianya ada kelemahannya. Jika kita terlalu ketagih dengan teknologi maka ini yang bakal berlaku:
1. Komunikasi satu hala sahaja. Bila bersembangpun, mata ngadap skrin, mulut je terkumat kamit. Apala perasaan org yang bersembang dengan IT savvy yang sebegini ek?

2. Hidup dalam dunia sendiri, tidak berpijak dibumi yang nyata. Yerla, bila ada twitter, facebook, instagram or dsd, kita mcm telah masuk ke dalam ruang matrix yang baru yang tidak nyata. Di alam inilah banyak keburukkannya kalau tidak berhati-hati. Makan tak terjaga, Tdo tak cukup, Quality Of Life (QOL) merudum.

3. Hubungan sesama manusia jadi tak mesra, lebih mesra teknologi. Maka semuanya akan jadi mcm biasa-biasa saja tanpa yang benar-benar istimewa.

Kenapa orang sukakan teknologi yer? Aku faham mana yg benar2 perlu ada. Cthnya Laptop. Tapi smartphone yang cepat perkembangannya ni membuatkan 'pelaburan' dalam item sebegini merugikan. Sebab bila ada keluaran jenama dan spesifikasi baru, mula lagi berbelanja. Ada ke orang hiraukannya?

Hmm..aku rasa citarasa masing-masing la kan, ada duit dan puas dengan gajet sebegitu, itu hak anda. Aku? masih di zaman kolot dan masih belum unplugged. 

2 comments:

  1. nampak macam menyendiri, tapi mungkin berinteraksi dgn lebih ramai orang....heeee

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...