Lazada MY

Wednesday, 11 July 2012

Perasaan riang dapat kunci rumah baru


Sabtu lepas pihak pemaju ada menelefon isteri untuk ambil kunci rumah yang telah siap untuk diserahkan kepada pembeli. Ini merupakan rumah yang dibeli oleh isteri di Seri Manjung. Walaupun rumah ini mungkin tidak diduduki oleh kami, tapi dapat memiliki asset rumah benar-benar melegakan hati. Lokasi yang agak strategik, berdekatan dengan Hospital Seri Manjung, Bangunan TNB, Bangunan Majlis Perbandaran, Sekolah dan sebagainya.

Permandangan dari depan
 
Rumah baru ini lebih luas dari rumah yang aku beli di Bukit Jalil. Yerla, apartmen dengan teres 2 tingkat, mana boleh nak dibezakan. Betul tak? Waktu aku beli rumah di Bukit Jalil tu, aku pun tak sempat nak duduk sebab bekerja di Lumut. Sekarang ni bila dah bertukar ke Kuala Lumpur, rumah tu masih berpenghuni. Takpelah, asalkan sewa rumah dibayar oleh penyewa dengan konsisten sudah.

22 x 75
Riang tgk isteri dapat rumah baru, walaupun kena bayar ansuran setiap bulan, Tapi at least asset ini akan meningkat harganya. Perasaan hambar sedikit sebab tak boleh nak duduk rumah tersebut. Mungkin lepas ni sewakan jugak rumah baru tu. Walaupun harga sewa di sini tidaklah setinggi di Kuala Lumpur, tapi satu hari nanti mungkin akan naik sebabnya Seri Manjung merupakan kawasan yang pesat membangun di negeri Perak. Maybe sebab MB Perak berasal dari sini.

Seronok Aliya main pintu
Alhamdulillah untuk rezeki ini untuk family kami. Thanks.

9 comments:

  1. nmpk dr depan memg luas, bestnya!

    ReplyDelete
  2. wah cantik tul design umah skang nih kan? tak per beli rumah tak rugi sebab harga rumah tiap2 tahun naik kecuali kalau u beli silap tempat...silap haribulan nak jual 1/2 price pun tak der org nak beli mcm yg terjadi kat mak cik I

    ReplyDelete
  3. abang punya rumah banyak cantik . mesti mahal ini harga . lagi rumah dekat tesco

    ReplyDelete
  4. Mendapat hartanah di kawasan yang strategik mesti mahal harganya. Lebih2 lagi, akses ke bandar, sekolah, mudah. Seri Manjung kat mana?

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...