Lazada MY

Thursday, 12 July 2012

Apabila MASA menjadi komoditi yang tiris

Hidup di KL banyak membuka mata tentang banyak perkara. Untuk seorang yang seperti aku sudah tentu rasai perbezaannya. Mana tidaknya, dahulu ketika bekerja di Lumut, suasana terasa tenang, damai dan MASA terasa panjang. Setiap hari mengeluh bila nak tiba hari  esok atau masa berikutnya. Hidup di KL lebih menyesak dada, masa terasa sangat pantas berlalu. Tidak banyak yang dapat dibuat untuk diri sendiri seperti bersukan. Masa yang ada dihabiskan untuk berehat selepas seharian penat bekerja. 
Benarlah pesanan Nabi Junjungan kita, ‘Rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara’.  Anda tentu pernah dengar, baca dan amal nasihat tersebut bukan?. Ya, selagi kita tidak merasainya sendiri, kita still akan anggap yang nasihat itu hanya tinggal nasihat. No big deal. If you are feeling like that, you are wrong. MASA adalah komoditi yang tiris di ibukota ini. Semua orang mengejar masa. Demi masa, manusia bekerja, bekerja keras untuk upah dunia yang akan diguna untuk ‘membeli’ masa semula samaada melancong, berehat atau ‘membeli’ masa untuk tidak buat apa-apa. 

Mereka berpusu-pusu mengejar kemewahan, mereka memiliki kemewahan, tapi harga yang harus dibayar mereka adalah MASA. Masa mereka suntuk, masa mereka kurang untuk keluarga, teman wanita, teman lelaki, ibu dan ayah bahkan masa mereka kurang untuk diri sendiri sehinggakan mereka tertekan atas desakan ini. Masing-masing terdesak di ibukota ini. Tersekat di jalanraya, terhimpit di dada. Kerana MASA mereka sanggup bergaduh, berkelahi hanya sebab tak nak bertolak ansur beri laluan, berkelahi sebab tiada parking dan semua lagi contoh yang ada. 

Jangan sesekali lambat di ibukota ini, jika tidak parah la jawabnya. Tak kena maki, tentu kena caci atau lebih buruk, kedua-dua sekali, cacimaki.  Hmm..apa nak jadi dengan kehidupan di ibukota ini. Mungkin aku belum lagi lali, mungkin aku belum faham atau mungkin aku belum tegar dengan keadaan ini. Tapi itulah konklusinya, jika kita hidup didunia RAT RACE, inilah yang anda akan rasa. Bila ramai terdesak dan terhimpit dengan desakan ini, mereka mula mencari alternative, mereka fikir dengan kaya begitu cepat maka dapat keluar dari kepompong matrix RAT RACE ini. 

Semua dari kita bekerja untuk hidup, ada yang berniat kerana ibadah. Semua perlukan masa. Hatta agen MLM pun mencari downline guna masa. Lepas dapat duit, tayangkan kat org ramai. Adakah duit itu cukup untuk membeli masa yang ada seluruh dunia? Tidak juga. Setiap apa yang terjadi, setiap susun atur yang kita hadapi setiap hari, setiap masa adalah telah ditentukan. Tidak perlu mengeluh panjang, kena bersyukur sepanjang masa sebab kita dikurniakan tuhan untuk rasa semua ini. Allah itu adil.

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...