Lazada MY

Friday, 27 July 2012

Rezeki kakitangan awam. Yeay!!

Asal cukup tahun je nak bonus, asal time raye je nak bonus. Inilah peel kakitangan kerajaan, bermanja dengan big big bos atas sana dengan menggunakan CUEPACS. Alhamdulillah adalah sedikit penghargaan yang dirasai oleh kakitangan. Sebenarnya bukan bonus seperti ini hanya menguntungkan kakitangan awam, ianya menguntungkan semua pihak.

Bukannya kakitangan awam bila dapat duit dok simpan buat perap macam jeruk, ianya akan dibelanjakan jugak supaya ada pengaliran wang tunai dalam negara. Bila duit tu dah mengalir, ianya akan memberi kesan kepada sektor swasta. Kalau kakitangan dapat gaji, golongan swasta yang untung. Sebab ianya dibelanjakan kepada mereka.

Jika pihak swasta dapat gaji pula, ianya akan mengalir kepada pihak swasta juga. Hanya sedikit kembali kepada kerajaan melalui caj-caj yang sedikit dan cukai-cukai. Itu sahaja. Peratus yang besar mengalir pada sektor swasta. Tengok, sektor swasta yang untung sebenarnya. Jika swasta dapat bonus, paling tidak 2 bulan gaji. Kerajaan hanya bagi setengah sahaja setiap kali. Tak pernah lagi dalam sejarah aku kerajaan bagi aku 3 bulan bonus.

Insentif berbentuk wang lebih baik di swasta, itula sebab swasta dapat memberikan gaji yang sedikit lumayan daripada sektor kerajaan. Tapi sektor kerajaan tetap ada kelebihan di tempat2 lain seperti kemudahan perubatan dan kesihatan dll. Tapi bila fikir sekali lagi, pihak swasta sekarang pun dah ada pakej insuran or pakej pemeriksaan kesihatan kepada staf-staf mereka. So jadi dah tak banyak beza dengan kerajaan dah.

So, bilamana kakitangan kerajaan dapat bonus, janganlah cemburu. Dan begitulah sebaliknya. Semua pihak akan dapat rasa bonus tu sebenarnya. Cuma kita yang tak sedar.

Sekadar pendapat

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...