Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Kita patut bersyukur kerana diberi peluang untuk melalui detik-detik dan saat-saat yang hanya terdapat dalam bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia disisi agama Islam. Banyak kebaikan dan fadhilat didalamnya. Jika hendak mengimbau kenangan di bulan Ramadhan, memang banyak yang boleh diceritakan. Setiap orang memiliki kenangan yang tertentu dalam bulan Ramadhan.
Mesti akan ada yang tersenyum sinis mengenangkan kenangan ponteng puasa sewaktu kecil, ataupun minum air dalam bilik air dan berbagai-bagai lagi kisah yang sememangnya mematangkan diri kita sendiri. Blog ini juga dibina ketika bulan Ramadhan tahun lepas. Memanglah blog ini tidak semeriah blog yang lain, tapi yeah, why not ada personal blog kan. Seperti orang lain yang ada Facebook dan Twitter. Blog juga antara wadah sosial golongan masa kini.
Antara entri yang berkaitan dengan bulan Ramadhan di blog ini adalah seperti berikut:
Diharapkan entri-entri diatas dapat memberi sedikit sebanyak info yang berguna untuk pembaca blog ini untuk kebaikan kita semua. InsyaAllah. Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa untuk semua :)
No comments:
Post a Comment