Lazada MY

Tuesday, 17 July 2012

Kembara ke bumi Melaka

Daging Tetel Asam Pedas
Entri kali ini bukanlah hebat sangat seperti entri kembara blogger yang lain. Aku cuma mampu mengembara di bumi Malaysia sahaja. Hehe (iye la tu). Ada banyak perkara yang aku suka dengan negeri Melaka. Bukan hanya sejarahnya yang begitu masyur, malah status bangsa Hang Tuah dan rakan-rakan pun menjadi misteri yang tidak terungkai sampai hari ini. Cina atau Melayu? Misteri sungguh.

Ringkas tapi terbaik!
Makanan adalah salah satu tarikan di negeri Melaka. Terkenal dengan assam pedas yang semestinya berbeza dengan asam pedas negeri Johor. Sewaktu aku mengajar pelajar diploma di Melaka, sempat juga menikmati daging tetel asam pedas di sana. Memang terbaik. Sudahla asam pedas masakan fav aku. Teringat nostalgia lama ketika mula bekerja di Hospital Muar, boleh dikatakan hari-hari makan asam pedas. Sedap juga.
Mee kari ala Melaka, Ada cili api. Sedap

Kalau dah tempat mengajar aku tu berdekatan dengan Pangkalan Balak, tak salah rasanya untuk aku menikmati mee kari di bahan pohonan rimbun bersaksikan gelora ombak pantai Pangkalan Balak. Memang suasana yang amat kondusif untuk mengenyangkan perut. Hehe.
Nyaman

Cuma sebab utama aku suka negeri Melaka adalah kerana Bandar Melaka dah bersih gila!!! itu je nak bagitau.

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...