Lazada MY

Monday, 26 November 2012

Dimana silapnya?

Tetiba terasa macam nak menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' dendangan XPDC. Memang antara lagu fav masa time student dulu. Lagu yang cukup sesuai dengan blog aku yang dah semakin hilang semangatnya. Keinginan nak publish post sekurang-kurangnya sekali sehari tidak tercapai.  Memang banyak perkara yang berlaku bermula daripada bulan 9 hinggala sekarang.  Satu tempoh yang banyak memakan masa aku untuk aktif dalam blogging.  Kesibukkan kerja ditempat baru yang memang tidak boleh ada kompromi.  Dan kepayahan untuk setelkan pembelian rumah baru aku di Putrajaya yang mana memang membunuh semangat aku nak berblogging dengan aktif.

Tapi kenapa pula aku menaip entri ini?  Ini bermaksud yang masalah utama aku iaitu permohonan loan untuk rumah aku sudah selesai.  Akhirnya aku sudah mendapat loan daripada Bank Islam setelah 3 bulan menunggu.  Banyak proses yang memang aku perlu selesaikan.  Daripada menukar bank gaji aku daripada Maybank kepada Bank Islam, sehinggalah menunggu jawapan daripada pihak bank sama ada aku berjaya ataupun tidak. Nantila aku ceritakan pengalaman aku ketika berurusan dengan pihak bank.  Dikala tuan rumah kerap bertanyakan bila aku ingin membayar duit beli rumah, ketika itula kepala aku menjadi semakin serabut memikirkan isteri dan anak yang sudahpun setel down disini.

Walaupun tidak menulis sebarang entri mahupun berita, aku tetap menjengah blog blogger yang aku suka seperti abangensem.com dan ariffshah.com.  Sememangnya aku tak pernah miss baca entri mereka setiap hari. Apabila masalah kewangan aku ini sudahpun selesai.  Aku rasa sudah sampai masanya blog ini hidup kembali.  Walaupun tidaklah ramai pengikutnya, tapi entri-entri aku yang mungkin bermanfaat untuk diorang baca mungkin akan ada. InsyaAllah.

So, selalu jengah blog ini yek.

p/s : Sudah turun darjat daripada .com kepada blogspot kembali. huhu..semuanya sebab takde masa.  

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...