Aku xpasti apa yg bakal berlaku dengan blog ini sepanjang aku disana. Mungkin traffik blog akan jatuh menjunam. Syarikat penyedia domain aku pun xsempat aku hubungi dan bayar perkhidmatan mereka. Natijahnya..blog ini kembali menggunakan platform blogspot yang percuma. Dan maybe akan kekal sebegini sebelum aku rasa sesuai masanya utk aku rebranding semula. Yeah. Tugas hakiki aku bukannya blogging. Gaji aku bukan dari sini. Ini hanyalah hobi aku untuk bereksperimen sahaja.
Aku harap masih akan ada yang sudi singgah membaca dan tinggalkan pendapat. I'm just so busy lately..* Sigh*
No comments:
Post a Comment