Lazada MY

Monday 26 November 2012

Keunikan Pulau Bali yang perlu diketahui

Keunikan Pulau Bali yang perlu diketahui:
Tarian joget yang penuh Mistik
Ramai yang sudah sampai ke pulau percutian hebat ini. Bali adalah sebuah pulau yang penuh mistik, unik dan lain daripada yang lain. Pelancong yang datang ke sini pastinya bersetuju dengan tagline ini, Bali - The Land of Gods. Itulah yang menjadi sebutan, buah mulut mereka yang telah kesini. Aku juga tidak terkecuali. Rugi rasanya jika datang ke negara asing tanpa berbual-bual dengan penduduk tempatan. Waktu perbualan aku adalah terhad, ketika hanya didalam teksi menuju ke tempat konvensyen yang aku sedang hadiri. Tapi itu sebenarnya sudah cukup untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang keunikan pulau Bali ini.


Wajah-wajah kecil Bali
 Dinamakan sebagai The Land of Gods adalah mungkin kerana terdapatnya patung-patung dewa penganut agama Hindu yang memuja dan menyembah mereka. Untuk pengetahuan anda, hampir 85% penduduk disini adalah beragama Hindu, ya..Melayu Hindu. Selebihnya adalah penganut Islam, Kristian dan lain-lain. So, anda tidak perlu terkejut jika sepanjang anda disini anda akan dapat menghidu bau colok dan bunga-bunga kemboja dan yang lainnya disini. Cuma budaya penganut agama Hindu disini agak berbeza dengan masyarakat India di Malaysia. Budaya dan adat resam inilah yang membezakan mereka. Cara pergaulan, percakapan, santun budaya lebih seperti masyarakat Melayu lama (kampung) yang lemah lembut, menghormati dan mesra. Amalan anutan agamanya sahaja adalah Hindu.
Ngurah Rai
 Patung-patung dewa mereka disini juga tidak seperti di Malaysia. Ia lebih kepada dewa manusia seperti dalam kisah Ramayana yang cukup sinonim dengan masyarakat disini. Juga dewa-dewa yang diagungkan yang berasal dari pahlawan yang terkorban untuk memerdekakan Pulau Bali daripada penjajah juga diingati dengan abadikannya sebagai arca. Contohnya, pahlawan Ngurah Rai, seorang tentera berpangkat Leftenan Kolonel yang terkorban bertempur dengan penjajah Belanda disini.

Rata-rata bersetuju dengan pendapat bahawa Pulau Bali adalah pulau untuk berkasih-kasihan. Sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu. Masyarakat disini sangat terbuka sehinggalah tanpa segan silu mengukir souvenir berbentuk kemaluan dan ayat-ayat pada T-Shirt seperti Jika anunya lelaki itu setan, dan anunya perempuan itu syorga, maka tidak hairanlah tentang cerita keluar masuknya setan dari syorga. Mereka penduduk Bali memang sudah terbiasa dengan budaya sebegini. Bagi mereka ianya adalah biasa. Mungkin sebab inilah Bali sering disalah ertikan. Tempat untuk maksiat dan sebagainya. Dan itu jugalah natijahnya ketika Bali dilanda Tsunami.

Bagi aku, sebagai penganut Islam. Aku boleh berfikiran terbuka dan tidak konservatif kerana dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Tapi aku still berpendapat yang Bali tidak sesuai untuk dikunjungi bersama anak-anak kecil. Makanan disini juga perlu diberi perhatian. Perlu berhati-hati dalam memilih makanan. Hendaklah sering bertanya dimana sumbernya, adakah disembelih mengikut syariat dan halal. Jika tidak anda akan terkejut yang banyak makanan tidak halal disediakan yang nampak macam halal sebab dihidangkan oleh orang 'Melayu'. Barulah aku faham akan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang katanya di Malaysia, maksud Melayu adalah mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat resam orang Melayu dan Islam. Ini adalah takrifan Melayu mengikut undang-undang. 

Jimbaran Beach..looking for sunset
Sampai begini sekali pemerintah di Malaysia ingin memastikan bahawa bila sahaja sebut nama Melayu, maka seseorang boleh berasa pasti yang makanan disediakan oleh restoran Melayu adalah halal. Noktah. Jika di Pulau Bali, ia belum tentu pasti. Tapi aku sedih yang ramai masyarakat di Malaysia yang mempertikaikan status agama pada kad pengenalan individu. Jika perkara ini berlaku, pasti sukar untuk generasi akan datang menempuh hari-hari untuk mengikut syariat Islam. Masyarakat Islam di Malaysia patut sedar akan hal ini. Walaupun ianya nampak tidak penting, tapi adakah kita pasti yang generasi Melayu akan datang dapat menikmati kehidupan seperti yang sedang kita nikmati ini.

Pulau Bali-memang sebuah pulau yang mengajar banyak perkara. Daripada kepercayaan, agama, budaya dan cara hidup. Benarlah kata orang lama-lama, jika jauh berjalan maka luas pengalaman. Aku bertuah kerana dapat menikmati pengalaman sebegini percuma. Pengalaman sebeginilah yang membuatkan aku akan lebih menikmati makna hidup nikmat tuhan yang perlu dicari, disyukuri dan dihargai. Alhamdulillah.....

 

1 comment:

  1. Pulau Bali memang satu tempat pelancongan yang baik dengan banyak tempat yang menarik yang mesti berkunjung.

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...