Lazada MY

Saturday, 12 January 2013

Cina Kawan, India Kawan, Melayu Kawan

Dalam hidup ini bukan hanya untuk kita sahaja, kita hidup dengan orang disekeliling kita hatta binatang dan tumbuhan punya hak terhadap dunia ini.  Di Malaysia kita bertuah sebab kita terdiri dengan pelbagai bangsa yang unik dengan caranya sendiri.  3 majoriti bangsa adalah Melayu, Cina dan India.  Kita harus hargai keamanan yang kita nikmati sekarang.  Bukannya untuk kita tetapi untuk anak cucu cicit kita.  Segala apa tindakan kita hari ini boleh mencorakkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Credit : Google

Biarlah orang-orang di negara lain porak peranda tetapi janganlah kita pula bergaduh sesama 'adik beradik'.  Jika kita mampu, porak peranda negara lain kita perlu tolong.  Kita harus dapat menikmati keindahan kehidupan yang selesa, sempurna dan tenang sepanjang hidup kita. Buat apa perlu ada rasa diskriminasi, pandang rendah, tikam belakang dan jatuh menjatuh.  Apa yang perlu adalah sikap kemuafakatan, kebersamaan dan kekitaan.  Kitakan tinggal dalam satu negara.  Cumanya, ada juga batas-batas yang perlu dijaga dan sensitif.

Masyarakat majmuk yang baik adalah masyarakat yang hormat menghormati sesama lain.  Sebab kita berlainan agama dan fahaman tetapi tiada satu agama didunia ini yang mengajar kepada kecelakaan, kekejaman dan kejahatan.  Yang menyebabkan semua ini terjadi adalah sifat manusia itu sendiri.  Bila mana kerakusan menguasai diri, ketamakkan menjadi keutamaan dan kesombongan yang merosakkan. Aku sedih kadang-kadang melihat isu-isu yang terpampang di dada akhbar.  Bergaduh sana sini. Yang pada aku boleh diselesaikan dengan cara berhemah.

Kerajaan dan masyarakat harus bekerjasama dalam memastikan kelastarian keamanan ini berpanjangan di Malaysia.  Aku sayangkan famili dan anak-anak aku.  Aku tak pasti macam mana kehidupan mereka disuatu hari nanti di masa hadapan.  Adakah keamanan yang dikecapi di Malaysia ini dapat dipertahankan atau adakah mereka akan hidup di zaman 'jahilliah'?.. 

Aku mahukan Malaysia yang aman. Free from riot, free from hatred and free from stupidity!

2 comments:

  1. Yup, kepentingan negara mestilah diutamakan JAUH melebihi kepentingan politik.
    Kenapa kita nak hancurkan keamanan yang telah kita nikmati selama ini.
    SERONOK SANGATKAH KALAU NEGARA KITA TAK AMAN. SERONOK KAH KALAU NEGARA KITA MACAM PALESTIN? MACAM SYRIA?

    Kenapalah perbezaan politik mencetuskan kebencian melampau di kalangan rakyat kita.
    Tengok saje kat negara asing yang maju. Walaupun mereka berbeza pendapat, tapi mereka akan bekerjasama demi kepentingan negara.

    Don't ask what the country can do to YOU,
    but ask WHAT YOU CAN DO FOR YOUR COUNTRY!!!

    ReplyDelete
  2. Itula...tapi ramai yang tak sedar-sedar

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...