Lazada MY

Saturday, 12 January 2013

Cara Untuk Elak Kekejangan

Selsema pulak sekarang ni.  Tak boleh tidur dengan lena.  Dah makan ubat tapi bila buka tv ada ulangan match West Ham vs Manchester United. Decide nak layan game match ni sementara tunggu azan Subuh. Entri kali ni just nak share tentang kekejangan otot yang biasa dialami oleh mereka yang aktif bersukan ataupun sedang mengandung.  Isteri sekarang tengah sarat mengandung 8 bulan lebih dan hanya nak menunggu sahaja due date nya. 

Isteri ada mengadu yang mengalami kekejangan pada pergelangan kaki. Aku suggestkan supaya dia ambil supplemen Calcium.  Memang perempuan mengandung ada minum susu tambahan kan? Tapi kadangkala ianya tidak cukup untuk menampung keperluan calcium untuk pertumbuhan tulang bayi dan keperluan badan sendiri.  Yerla, secawan susu berapa la sangat jumlah Calcium yang ada.

Kenapa Calcium boleh menyebabkan kejang? Calcium ni sebenarnya adalah ion yang diperlukan oleh otot kita untuk melakukan pergerakkan 'contract and relax' dimana apabila terjadinya proses 'contract and relax' ni barulah adanya pergerakan. Sekiranya tiada cukup calcium tetapi badan insist nak bergerak maka berlakunya kekejangan.  Antara Calcium yang boleh di beli di Farmasi adalah seperti gambar dibawah.  Murah je pun, RM 15.00 untuk satu tube.

Jika korang aktif bersukan seperti marathon dan berbasikal, bolehla amik supplemen Calcium untuk tambahkan umpphhh ketika berlari tu nanti.  Aku pernah join triathlon dan apa yang aku lakukan dulu, sehari sebelum event, 2 kotak besar susu segar aku minum.  Tapi ianya lagi mudah kalau ada tablet yang jumlah Calciumnya cukup untuk  menampung keperluan Calcium seperti Calcium supplemen di atas.

No comments:

Post a Comment

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...