Lazada MY

Friday, 11 January 2013

'Pakcik Ada 30 Buah Rumah Sewa'

Alhamdulillah.. selesai sudah urusan stamping perjanjian sewa rumah ketiga aku di Seri Manjung Perak.  Sebenarnya itu adalah rumah isteri yang dibeli untuk diduduki tetapi belum sempat merasmikannya aku diarah posting ke KL which is i loikkeeee very much. hehehe..

 Bukannya apa, dah hampir 5 tahun di Lumut dah tiba masanya aku ambil langkah hijrah baru ke tempat yang lain so that aku takde la terkena brain dead kat sana.  Macam aku katakan dulu, hijrah aku ke KL ni walaupun banyak kerja yang perlu dibuat dengan keletihan tahap gaban berpindah rumah tapi it's a blessing in disguise. bak kata orang kampung aku la.. huh..
Berbalik kepada tajuk entri kat atas ni, aku just nak share apa yang aku belajar ketika di LHDN untuk stamping duti stem.  Aku duduk disebelah seorang pakcik melayu yang rancak bersembang dengan seorang makcik cina.  Lagak gaya sembang diorang tu macam couple aku tgk. Mcm couple lama yang terpisah and tetiba terjumpa di usia senja.  Tentulah banyak yang hendak disembangkan kan? Aku tak amik port mulanya apa yang diorang sembangkan sebab sambil menanti perjanjian aku di stamping aku layan FB la.. just monitor kegiatan Abang Ensem, Pie2020, Denaihati.com, Ariffshah.com, Eyriqazz dan saudara Dzirhans Ffd.

Lepas makcik cina tu selesai urusannya, pakcik tu menghampiri aku, lalu dialog-dialog berikut terjadi:
Pakcik Melayu (PM) : Salam nak, datang atas urusan apa? *sambil senyum*
Aku : *Jawab salam sambil berjabat tangan* Takde ape pakcik, nak stamping duti setem perjanjian rumah sewa. *sambil sengih*
PM : Rumah tu kat mana? pakcik pun nak buat stamping duti setem jgk.
Aku : Kat Seri Manjung. Rumah isteri. Saya uruskan saja.
PM : Baguslah..muda-muda dah invest ke dalam bidang hartanah. Berapa banyak aset yang disewakan?
Aku : Dalam hati * Pakcik ni polis ke ape, lagak gaya macam polis pencen.  Tak nampak ke uniform yang aku pakai ni. Soalan macam nak selidik dalam-dalam je* Takdela cik, 2 je yang disewakan. Yang satu tu saya duduk.
PM : Oh..bagus-bagus.
Aku : Sebab curious aku pun tanya balik PM. Aku pun belajar counter psy op. Tanya aku: ' Pakcik ni saya rasa dalam lingkungan 50++ kan? Pakcik property investor kan?'
PM : Pandai la anak ni. Memang pakcik umur 50++ tapi masih gagah lagi. Kuota pun belum cukup lagi. Yang amoi (panggilan makcik cina tadi) tu bekas 'kawan' pakcik dulu. Kami mmg sama-sama buat property investment.
Aku : Ceh!!! Sambil gelak jahat. Dah agak dah.
PM : Pakcik jadi property investor ni pun sebab nak jumpa 'kawan' pakcik tu. Cuba teka kat mana ktorang selalu jumpa?
Aku : Takkan kat sini kut (sambil tunjukkan lambang LHDN).
PM : Yerla tu betul la tu...sebab pakcik involve ni sebab nak jumpa dia la.. hehehehe....
Aku : Otai tu....aku pun gelak layan jer la pakcik ni. Sambil tanya lagi ' Berapa aset pakcik ada?'
PM : Pakcik dah ada 30 buah rumah sewa sekitar KL nak. Itu sebab pakcik resign polis dan buat property investment sepenuh masa. Sekarang ni pakcik kutip sewa jerla bulan-bulan.
Aku : WTH??? 30??? *Ternganga*
PM : Semua rumah lelong pakcik beli, ada 4 buah rumah kedai kat Shah Alam je pakcik beli undercon. Dulu beli harganya RM 130k. Sekarang dah RM 1.5 juta. Tp pakcik still taknak jual.
Aku : Wow!!!... Kenapa pakcik taknak jual? 
PM : Nak jual buat apa nak? pakcik dah tua. Cuma dengan buat investment macam ni pakcik rasa trill dan seronok. Trill sebab untung atas angin dan seronok dapat jumpa 'kawan'. *sambil mengenyit mata nakal*
Aku : Pakcik memang Otai!! *tetiba nama aku dipanggil* * Tamat dialog*
p/s : Insan yang aku terbayang saat ini adalah Abang Ensem. Tak tahu kenapa.. ahahaha
p/s/s : Pakcik tu pesan, lakukan sesuatu atas dasar minat bukan terikut-ikut. Macam kes pakcik, pakcik minat nak jumpa 'kawan' pakcik tu.
Soalan terakhir dari pakcik:
Anak dah kahwin? Aku membisu tapi mengangkat tangan aku tunjukkan cincin perkahwinan aku. #setia. Sambil aku senyum sinis kat pakcik tu semula.
Pengajaran :  Ambil yang positif sahaja. Yang mana korang rasa aku kencing, pandai-pandaila tapis.
 

9 comments:

  1. Dia nak rekemenkan dgn anak dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..jgn buang masa dgn perempuan. buang masa dgn property lg ada faedahnya

      Delete
  2. hahahahha.. pakcik tu comel nyaaaa.... walaupun tak kenal, entah napa rasa cam nak cubit2 pipi dia... eh..!? ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakcik tu smart gile. hati senang. ada iras2 jalaluddin hassan kot

      Delete
  3. pergh! pakcik ni mmg otai...

    bab hang teringat kat abg ensem tu...lawak der! hahaha

    ReplyDelete
  4. Serius..aku mmg teringat kat abang ensem. yerla. Time tu baru lepas g seminar abang ensen

    ReplyDelete
  5. rugila kalau jual rumah, untung sekali je...hu2, macam tak caya rumah sampai 30...

    ReplyDelete

Disember 2017

Sekejap masa berlalu. Sedar xsedar dah masuk bulan Disember. Penghujung tahun 2017. Ntah apa yg kita target tahun ni dah tercapai ke belum...