Kenapa pula topik ini yang aku pilih kali ini? Bukan sepatutnya orang perempuan yang lebih teruja untuk berkongsi pengalaman bersalin ke. Hehe. Aku just nak kongsi sebab aku yang membayar segala kos isteri bersalin di Hospital Putrajaya. Kena bayar? Hmm.. Kepada yang belum tahu, hospital ini ada bahagian 'swasta' yang khusus untuk pesakit yang ingin mendapatkan perkhidmatan ala-ala private. Maksud aku bukannya doktor disini double standard. Cuma jika tak salah aku ianya adalah inisiatif kerajaan untuk menggalakkan tenaga pakar di hospital kerajaan kekal berkhidmat di sektor awam. Jika tidak, ramai yang akan ke swasta kerana disana menjanjikan gaji yang lebih lumayan dengan kepakaran yang setiap doktor ada. Kesian juga kerajaan yang sudah berbelanja ribuan ringgit untuk menaja seorang doktor menjadi pakar tetapi khidmat kepakaran tersebut tidak disalurkan kembali kepada rakyat. Sedih juga. Tapi doktor manusia biasa juga. Ada pro and cons.
Seriously spacious bilik dia |
Berbalik kepada pengalaman aku menjaga isteri sewaktu hampir bersalin tempoh hari, kami berdua merancang untuk mendapatkan khidmat doktor pakar yang isteri selesa. Maksud disini adalah doktor perempuan la kan. Jika dulu ketika isteri melahirkan anak sulung, rakan-rakan isteri yang menyambut kelahiran bayi pertama aku tu. Waktu tu isteri bertugas di department O&G. Senang la sket nak dapatkan pertolongan seperti suntikan epidural (suntikan penahan sakit) daripada rakan-rakan di Hospital Manjung. Bila aku berpindah ke KL, nak kena reschedule semula dimana dan siapa yang akan menyambut bayi kedua kali ini. Suasana di KL ni asing bagi kami berdua. Wife pula bertugas di KKM dan banyak aduan tentang tahap perkhidmatan pusat perubatan swasta yang tidak memberangsangkan. Cuak jugak aku, dulu ingat kalau gi private dah tentu bagus, rupanya tidak dek kerana kekurangan peralatan bantuan seperti unit NICU jika bayi anda mengalami masalah sejurus dilahirkan.
Masalah utama hospital kerajaan : Parking! |
Habis hospital swasta kitorang survey, daripada Pusat Perubatan Az Zahra, An Nur, KPJ dll. Tapi tiada satu yang berkenan dihati. Soal bayaran tidak menjadi masalah sebab aku memang mengumpul duit untuk sambut kelahiran bayi kedua ini. Dipendekkan cerita, tanya sudah, survey sudah. Last2 Hospital Putrajaya dipilih. Tapi macam biasa, akan ramai dengan pesakit dan penuh. So, aku dan isteri setuju untuk dapatkan khidmat 'Full Paying Patient (FPP)'. Lebih kurang kita boleh la demand sedikit, takdela lama sangat menunggu ketika rawatan berkala. N kita boleh pilih doktor pakar mana yang kita hendak sambut anak kita. Setelah pendaftaran dibuat, berikut adalah step yang berikutnya:
1. Daftar di Kaunter Pendaftaran yang mengatakan bahawa anda ingin dapatkan khidmat FPP.
2. Berjumpa dengan doktor pakar yang dipilih sekiranya terdapat kekosongan mengikut jadual yang ditetapkan.
3. Ketika hampir bersalin, anda kena letakkan deposit RM 3,000.00 kepada kaunter masuk wad.
4. Untuk FPP, kemungkinan besar anda akan ditempatkan di Wad 5A iaitu wad eksekutif. Memang selesa dan lebih baik daripada sesetengah wad di hospitall swasta.
5. Lepas isteri dah bersalin di bilik bersalin, dapatkan maklumat jenis kelahiran samaada normal atau ceaserian.
6. Dapatkan maklumat no. 5 tadi dan dapatkan semula baki wang anda di kaunter bayaran/tuntutan.
Macam aku, isteri bersalin normal. Daripada RM 3,000 deposit tadi, aku dapat semula RM 1,100.00. Rumusannya, anak kedua aku ini memang tahu-tahu je ayah dia dapat bonus kali kedua. Habis duit bonus. Memang timing habis. Apa-apa pun, mak ngan anak selamat. Alhamdulillah.
Makanan kat cafe lagi sedap kut.. hehe |
Untuk warga Wad Bersalin dan Wad 5A (Eksekutif) Hospital Putrajaya terutamanya yang diketuai oleh Dr. Hamidah (Pakar O&G) dan semua staf nurse. Terima kasih terhadap layanan yang baik yang diberikan kepada isteri. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik anda. Next time jika ada rezeki lagi, memang akan datang ke sini lagi. InsyaAllah.
Tahniah :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah
ReplyDeleteTuan, duit deposit tu kena bayar cash ke atau boleh gune kredit card?
ReplyDeleteBoleh guna kredit kad jugak.
ReplyDeleteAssalamualaikum, just nk tau..
ReplyDeleteboleh temankn isteri dlm wad x?
Suami boleh temankan. no prob.
DeleteAssalamualaikum, just nk tau..
ReplyDeleteboleh temankn isteri dlm wad x?
Saya nak tumpang tanya..
ReplyDeletesuami boleh temankan isteri dlm wad tak?
Boleh. tiada masalah
ReplyDeleteSelain pakej fpp.ade x pakej yg lain.yg agak rendah
ReplyDeleteTakde puan. samaada yg free or fpp saje.
ReplyDeletehusband bole teman wife bersalin x? i mean di sisi isteri sewaktu melahirkan
ReplyDeleteboleh je..xyah ambil fpp pun boleh teman semasa besalin!!!!!
DeleteBoleh Tanpa Nama
ReplyDeleteNice info..Thanks for sharing yea..
ReplyDeleteNice info. Thanks for sharing yea..
ReplyDeletetiada masalah
ReplyDeletetuan,
ReplyDeleteboleh start daftar masa pregnancy start 7 bulan ke tak kisah bila-bila pun dah boleh daftar?
TK.
Boleh. Lagi bagus awal sebab nanti follow up dengan doktor yg kita pilih tu. :)
ReplyDeleteKalau bersalin bukan fpp, suami boleh masuk dlm bilik bersalin tak?
ReplyDeletePerkhidmatan Bilik Bersalin Di Hospital Putrajaya keseluruhannya memang amat memuaskan sebenarnya walaupun bukan menggunakan khidmat FPP. Pengalaman saya melahirkan 5 orang anak di sini sudah cukup untuk menggambarkan keistimewaan Hospital Putrajaya. Layanan dari semua petugas, para doktor samada pakar ataupun tidak amat baik. Makanan yang disediakan juga sedap dan berkualiti.
ReplyDeleteYup. Setuju dgn pn Siti :)
ReplyDeleteSaya bersalin di sini tahun lepas dgn packages FPP, layanan sangat2 memuaskan. Insyallah jika ada rezeki anak ke-2, saya akan ke sini juga. Nurse pun baik2, dia layan kita macam anak2 dia dan penting ada ciri-ciri islamic dan happy je.. cuma time vacum je ayah perlu keluar...
ReplyDeleteitula..perkhidmatan dia sgt bagus. :-bd
DeleteSalam, FPP ni accept GL comp swasta tak?
ReplyDeletetak sure
Deleteterima kasih diatas perkongsian ini..salam ukhwah..salam perkenalan.. :-d
ReplyDeleteKalau nk booking FPP? Weekend boleh x? Tau x anggaran bersalin kalau ceaser berapa ye anggaran?
ReplyDeleteRasanya tak boleh booking time weekend.
DeleteSalam. Nak tanya, lepas bersalin baby stay dgn ibu ataupun di jaga d nursery?
ReplyDeletedgn ibu
Deletesalam..kalau FPP, ceaser berapa ye anggaran? melebihi deposit rm3000 ke?
ReplyDeleteRasanya tak kot. Tapi boleh try call hospital minta penjelasan. :)
DeleteSama mcam kes kawan saya dulu bersalin kat hospital putrajaya dan letak deposit juga..tak tahu pula selama ni hospital gomen pun ada macam ni
ReplyDeleteSalam. bule sy tau u amek fpp, checkup setiap bulan ke? setiap checkup ada scan tak? Sy tgh survey hosp ni n salah satu option fpp hosp pjaya. tq.
ReplyDeleteCheck up setiap bulan n kekerapan mengikut usia kandungan. lagi nak sampai date bersalin lagi kerap
DeleteSalam Bro,
ReplyDeleteWife bersalin masa FPP tu boleh request doctor perempuan ke? atau masa tu memang doc perempuan yang bertugas?
Boleh request. tp kne cepat takut dah full.
ReplyDeletesekali checkup brape ye bayaran dikenakan
ReplyDeleteSalam nak tanya, nk daftar bersalin di hospital putrajaya ni kena duduk or tinggal area putrajaya jugak ke. Sebab saya duduk di klang takut klu pihak hospital xnk accept. Tq
ReplyDeleteJauhnya Puan. Saya rasa memang agak sukar penduduk luar Putrajaya untuk dapatkan kemudahan bersalin di hosp putrajaya. Baru2 ni, isteri saya pun hampir nak di transfer ke hosp serdang. Nasib mereka tahu kami penduduk tetap putrajaya dan kebetulan doktor pakar yg incaj tersebut pernah sambut baby kedua saya. Memang penduduk luar putrajaya akan direferkan ke hosp berdekatan dengan tempat mereka tinggal.
Deletesalam..thanks for the info..just nak tanya.kalau nak buat FPP ni kita kena buat buku merah checkup every month tu ke? n time check up tu boleh buat malam ke? kalau boleh buat malam/petang x perlu lah kami ambil cuti utk buat checkup.
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeleteHarga rm1900 tu termasuk utk regularly check up ke? Dan brpa hari isteri encik ditahan wad?
Tak, itu harga bersalin. Regular check up xsilap saya rm60 sekali check up
DeleteTak, itu harga bersalin. Regular check up xsilap saya rm60 sekali check up
DeleteKlo utk booking... biasanye pade umur kandungan bpe bulan?
ReplyDeleteKlo utk booking... biasanye pade umur kandungan bpe bulan?
ReplyDeleteseawal kandungan pon boleh.. say abaru je lepas call tadi. tapi kena check dgn klinik dahulu utk dapatkan record & due date baby.. lps tu call semula FPP utk buat appointment.
Deletesy sekarang dah 6.5bln. masih blh book ke?
Deletesalam, sy nk tnya, sy ada sorg ank 3tHun, kalau bilik fpp atau public(tapi single room) anak n suami blh bermalam x?
ReplyDeleteSuami boleh tapi anak saya rasa xboleh sebab anak bawah 10 tahun xdibenarkan naik ke atas wad pun.
Delete